Assalamualaikum dan salam Sejahtera......
Seperti yang dijanjikan pada entry lepas, saya akan post berkaitan tips membuka kedai online/maya....Tapi sebelum tu nak selit sikit berkenaan Gerhana Bulan Penuh semalam....Amacam? ade tgk semalam? Kalau nak tip untuk mengambil gambar gerhana bulah bolehlah ke sini. Berikut adalah fakta-fakta dan kronologi berkenaan gerhana bulan penuh yang berlaku semalam:
- Gerhana bulan yang berlaku semalam adalah ulangan daripada fenomena gerhana bulan penuh pada bulan Disember 1957.....wow tahun Malaysia Merdeka tu.....
- Gerhana bulan penuh seterusnya akan berlaku pada tahun 2014....wow lamanya....
- Bulan mula memasuki bayang bayang penumbra pada jam 7:30 p.m (19:30)
- 8:45 p.m (20:45) - Bulan mula memasuka bayang-bayang umbra (gelap)
- Fasa bulan penuh gerhana bulan semalam berlaku selama 52 minit bermula 10:05 p.m (22:05) - 10:57 p.m (22:57)
- Gerhana Penuh Maksimum berlaku pada 10:31 p.m (22:31)
- Pada jam 10:58 p.m (22:58) bulan mula keluar dari bayang-bayang umbra
- 12:18 a.m (00:18) Bulan mula keluar sepenuhnya dari bayang-bayang umbra
- Gerhana tamat pada 1:31 a.m (01:31)
Visual kronologi gerhana bulan penuh
(klik untuk paparan lebih seksi :) )
Berikut adalah tips membuka kedai online/maya:
- Uniform Resource Locator (URL) atau pun address memainkan peranan yang penting dalam proses 'berkenalan' dengan kedai online anda. Ini adalah kerana, setiap kedai dikanali melalui URL atau addressnya terlebih dahulu.
- Elakkan menggunakan Address yang panjang dan sukar diingat seperti www.KedaiKasutMenarikDanMurah.com.
- Elakkan juga menggunakan perkataan yang 'superb' dalam URL seperti www.KedaiKasutBombastik.com.
- Perlu dielakkan juga menggunakan perkataan yang akan mengelirukan pengunjung seperti www.KamalStoreToU.com yang boleh terkeliru dengan www.KamalStore2u.com @ www.KamalStore2You.com @ www.kamalStoreToYou.com.
- Antara Muka atau Interface juga memainkan peranan yang penting ketika pengunjung membuat pilihan. Interface yang simple dan mudah difahami memudahkan pengunjung membuat pilihan. Elakkan menggunakan tulisan berwarna untuk manulis perkara-perkara yang tidak penting, kerana manusia lebih cenderung untuk melihat kawasan yang berwarna terlebih dahulu.
- Letakkan Fungsi Login atau daftar masuk dibahagian kanan atas iaitu hot area yang biasa digunakan.
- Sisihkan atau 'sort' produk dalam katalog berdasarkan kategori. Kerana pengguna lebih mudah untuk mencari produk yang diinginkan. Tambahkan juga fungsi engin carian.
- Sediakan sebanyak mungkin saluran bayaran kepada pelanggan. Perlu diingatkan bermula dari fasa ini, pengunjung yang mengunjungi laman web anda telah bertukar kepada Pelanggan. Jadi hati pelanggan anda perlu dijaga. Saluran bayaran yang releven untuk digunakan adalah Cash on Delivery (COD), Bank Transfer dan Credit/Debit Card (perlu melanggan dengan mana-mana payment gateway/gerbang bayaran seperti mobile88.com) .
Akhir sekali, disini saya senaraikan contoh-contoh System Kedai Online / Commerce System yang boleh digunapakai :
- OSCommerce
- Open Cart
- VirtueMart (Memerlukan Joomla!)
0 comment(s):
Post a Comment
Komen dan tinggalkan jejak kat sini, nnt saya singgah. :)