Nuffnang Ads

Merarik di Apesal.com

Rekabentuk Duit Syiling Malaysia Siri Ketiga

Seperti yang diketahui, awal tahun 2012 merupakan permulaan kepada penggunaan Duit Syiling Malaysia Siri Ketiga, bagi menggantikan Duit Syiling sekarang yang telah digunakan lebih 20 tahun. Duit Syiling Siri Ketiga ini didatangkan dalam 4 Nilai Muka/Denominasi iaitu 50sen, 20sen, 10sen, dan 5sen (1 sen telah ditamatkan perkhidmatan kerana penggunaan sistem 'Jimat dan senang kira').


 
Keunikan Malaysia
Duit Syiling Malaysia Siri Ketiga


Ciri-ciri unik yang mencorak budaya dan warisan negara menjadi sumber inspirasi dalam reka bentuk duit syiling Malaysia siri ketiga ini. Dengan tema 'Keunikan Malaysia', reka bentuk baharu duit syiling ini memaparkan motif-motif seni kraftangan tradisional dan keindahan flora dan fauna negara. Duit syiling ini menyerlahkan identiti kebangsaan Malaysia yang kaya dan pelbagai dengan begitu indah sekali.

Ciri-ciri Am
Bahagian hadapan setiap denominasi memaparkan motif berbeza, 14 titik untuk melambangkan 13 negeri dan Wilayah Persekutuan dan (kecuali duit syiling 50 sen) lima garis mendatar bagi menggambarkan prinsip-prinsip Rukun Negara. Bahagian belakang duit syiling pula memaparkan motif Bunga Raya atau Rosa-sinensis, iaitu bunga kebangsaan Malaysia, tahun penempaan, nilai muka duit syiling dan perkataan 'BANK NEGARA MALAYSIA'.


Spesifikasi Teknikal
Nilai Muka
50 sen
20 sen
10 sen
5 sen
Logam
Nikel Loyang Bersalut Kuprum
Nikel Loyang
Keluli Tahan Karat
Keluli Tahan Karat
Garis pusat (mm)
22.65
20.60
18.80
17.78
Berat (gram)
5.66
4.18
2.98
1.72
Bentuk
Bulat berlekuk 9
Bulat
Bulat
Bulat
Sisi
Kosong
Kasar
Halus
Kosong
Warna
Kuning
Kuning
Putih
Putih

Huraian/Deskripsi Duit Syiling Malaysia Siri Ketiga berdasarkan Nilai Muka/Denominasi

 


Duit Syiling 50 Sen
Sulur Kacang



Motif sulur kacang pada duit syiling 50 sen amat terkenal kerana sering digunakan oleh para pengukir dalam seni ukiran kayu dan perak mereka. Kelembutan lingkaran dan juntaian pokok kacang tergambar dalam ukiran pada barang kemas, peti, dan juga pada bahagian-bahagian rumah kayu tradisional seperti muka pintu, bingkai tingkap serta panel kayu pada dinding rumah. Garisan halus pada latar belakang motif merupakan sebahagian daripada ciri keselamatan.

Ciri Keselamatan
Imej pendam / latent image duit syiling 50 sen akan kelihatan apabila duit syiling tersebut disendeng pada sudut yang berlainan.


Duit Syiling 20 Sen
Bunga Melur

Bunga melur mendapat tempat yang istimewa dalam kebudayaan tiga kaum utama di Malaysia. Keharuman bunga ini menjadikannya sebagai satu elemen penting dalam majlis tradisional seperti majlis perkahwinan dan acara keagamaan. Motif bunga melur juga sering terdapat pada hasil kesenian dan pertukangan tangan tradisional seperti sulaman dan ukiran perak. Pada duit syiling 20 sen baharu ini, bunga melur dipaparkan dengan berlatarkan motif kain destar siga.

Duit Syiling 10 Sen
Motif Orang Asli

Orang Asli di Malaysia cukup terkenal dengan kemahiran seni anyaman daun-daun dan tumbuhan setempat untuk dijadikan perhiasan seperti hiasan kepala, selempang dan skirt yang dipakai di upacara dan majlis tradisional. Setiap kaum memiliki corak anyaman tersendiri yang lazimnya diilhamkan daripada sistem kepercayaan dan persekitaran mereka. Duit syiling 10 sen baharu mengabadikan seni warisan ini dalam bentuk corak anyaman unik suku kaum Mah Meri di Semenanjung Malaysia.

Duit Syiling 5 Sen
Destar Siga

Kain destar siga merupakan sejenis tenunan kain asli suku kaum Kadazan Dusun di Sabah. Ia biasanya dijadikan sebagai hiasan kepala dalam majlis tradisi mereka. Kain hiasan kepala ini ditenun terutamanya dengan benang hitam dan diserikan dengan benang pelbagai warna bercorak geometri serta motif yang diilhamkan daripada flora dan fauna. Dengan berlatarkan motif sulur kacang, destar siga menjadi corak utama pada duit syiling 5 sen baharu.

Montaj Pelancaran Duit Syiling Malaysia Siri Ketiga


Untuk maklumat Wang Kertas / Polimer Malaysia Siri Keempat : Klik Sini


Memandangkan Tahun 2011 bakal menutup tirainya, jadi, kongsikan peristiwa terbaik anda pada tahun 2011 di sini, diruangan komen facebook :



0 comment(s):

Post a Comment

Komen dan tinggalkan jejak kat sini, nnt saya singgah. :)