Salam Sejahtera!
Hari-hari berlalu semakin mendekatkan kita dengan tahun 2012 dan 2011 hampir meninggalkan kita. Disini saya nak kongsikan pembaharuan yang di buat oleh kerajaan Malaysia menjelang tahun 2012, antaranya adalan 'rebranding' rekabentuk MyKad. MyKad baru keluaran Jabatan Pendaftaran Negara (JPN) ini akan mula digunakan pada 3 Januari 2012, dilaksanakan secara berperingkat bermula di JPN Putrajaya dan Shah Alam dan akan dilaksanakan secara menyeluruh bermula 15 Februari 2012.

MyKad yang berstruktur baru memiliki reka bentuk dan ciri-ciri keselamatan seperti diperbuat daripada bahan Polikarbonat yang lebih bertahan dan menggunakan cip baru yang lebih bertahan.

Antara Ciri keselamatan yang terdapat pada MyKad berstruktur baru ialah, cetakan pelangi pada bahagian atas kiri MyKad. Nombor MyKad jugan dipertingkatkan dengan kaedah turisan laser. Turisan laser ini terdapat pada nombor MyKad dan bahagian bawah gambar pemilik. Juga terdapat sistem Pelindungan Anti-Pemalsuan MyKad dengan terpaparnya bangunan pentadbiran persekutuan Putrajaya pada MyKad yang hanya boleh dilihat dengan pembalikan sinaran ultra-ungu atau ultra-violet. Juga terdapat Imej turisan laser gambar pemilik. Jika MyKad lama hanya mempunayai 1 gambar, Mykad baru dipertingkatkan ciri keselamatannya dengan meletakkan 2 gambar berkeupayaan turisan laser. Pada bahagian belakang MyKad juga mempunyai ciri keselamatan. Pada imej Menara Berkembar Petronas (KLCC), terdapat UV Pelbagai warna diletakkan pada kedua-dua menara, Menara 1 dan Menara 2, KLCC. MyKad baru juga dipertingkatkan kapasitinya storan cip dengan keupayaan storage/storan cip sebanyak 80Kb berbanding dulu hanya 64Kb nilai storan. Antara ciri yang dikekalkan adalan Mykad berfungsi sebagai kad pelbagai guna dengan fungsi 'Touch n Go' yang mana boleh digunakan di Lebuhraya, Taman Tema, Menaiki Perkhidmatan Awam seperti LRT, Monorail, Komuter dan Bas.

0 comment(s):
Post a Comment
Komen dan tinggalkan jejak kat sini, nnt saya singgah. :)