Nuffnang Ads

Merarik di Apesal.com

Bila lensa diserang fungus dan habuk....

Assalamualaikum,

Seperti yang saya janjikan, nak tulis post berkenaan fotografi, OK here it comes........

Fungus atau kulat adalah perkara yang sinonim dengan pengguna DSLR/SLR. Fungus ini adalah  kulat yang membiak didalam lensa.... Fungus ini, sepertimana yang kita ketahui, menyukai tempat-tempat yang gelap dan lembap. Disebabkan dalam lensa adalah gelap dan agak lembap, ini menjadikan lensa adalah tempat yang ideal untuk fungus membiak, tak kiralah lensa DSLR/SLR ke, lensa kamera kompak/point and shoot ke, lensa video camera ke... even lomo camera pun sama.... tinggal lensa-lensa selain DSLR/SLR ni tak berisiko tinggi kerana lensanya tiada pengaliran udara secara terus kerana zoom-in dan out tidak dilakukan secara terus pada lensa.....

Dibawah ini adalah contoh-contoh lensa yang dijangkiti dengan fungus.
sumber gambar : google image


boleh nampak x fungus yang macam akar tu?


boleh nampak x fungus yang macam akar tu? yang ni lagi teruk


yang ni fungus dia yang bertompok-tompok tu.....

 

yang ni fungus dia mcm akar tapi start kat tengah...

MACAM MANA NAK ELAKKAN?

OK. Memandangkan kos untuk mencuci lensa ni agak tinggi, arounnd RM 150-300. Jadi eloklah kita elakkan dari berlaku. Beli lensa mahal-mahal 3-4 ribu tapi tak jaga tak guna juga kan? OK ini adalah langkah2 elakkan dari lensa dijangkiti fungus.
  • Simpan semua peralatan fotografi termasuklah lensa dan 'body' kamera dalam drybox. Contoh drybox adalah seperti ni.

  • Memandangkan drybox ni mahal.... paling murah boleh dapat kat shashinki pun around RM300 keatas, jadi ada alternatif lain ialah, simpan bersama silika gel. Tahu x silika gel? Ala, kalau korang beli kasut, ada paket kecik dia tulis 'Silica Gel, Do not eat'. Itu adalah silica gel. Tapi kecik... Dari tak ada, baik korang letak aje.... Aku guna drybox, tapi dalam beg DSLR aku stand-by Silica Gel, banyak jugak la, n berat sikit.... pkai apa lg 1 tu, 'badak dahaga' thirsty hippo pun bole... tapi aku x galakkan sebab dia x tahan lama n akan bertakung air (BAHAYA pada kamera) pastu x bole nk recharge balik. Pkai buang.


silica gel ni untuk server rack sebenarnya.....

  • Bila lens korang ada habuk, jangan main hembus pkai mulut je, sebab dalam nafas kita ada wap air ( H2O ), dan menyebabkan lensa korang lembap dan menggalakkan pertumbuhan/pembiakan fungus. Gunakan Blower.
  • Kalau kamera atau lensa korang terkena air, *aku pernah kena, waktu shoot gambar kat tasik Universiti Teknologi Petronas (UTP), dengan pantasnya, korang lap dengan kain yang bersih dan KERING... lagi sekali KERING. Gunakan kain Micro Fibre (kain yang dapat waktu beli cermin mata). Jangan main lap pkai kain baju je.... kalau lap pkai kain baju pada bahagian depan lensa, ini akan merosakkan 'coating' lensa.
  • Kalau korang keluar dari tempat sejuk ke tempat yang bersuhu lebih tinggi, macam keluar dari bilik berhawa dingin, JANGAN keluarkan kamera/lensa korang terus dari beg. Biarkan dalam 5 minit supaya kamera boleh adapt suhu persekitaran. Kalau x, biasa tengok gelas letak ais x? lensa korang akan jadi macam tu.... akan terkondensasi dan membentuk lapisan wap air pada bahagian dalam lensa....

Kalau prevention untuk habuk pulak tak banyak :

  • Simpan dalam drybox atau tempat yang bertutup.
  • Waktu snap gambar, elakkan memusingkan lensa secara agresif, takut habuk tersedut masuk kedalam lensa waktu kita pusingkan lensa tu.
  • Tukar lensa dengan tips ni, 'make it quick as possible' , tukar lensa dengan cepat dan dalam keadaan yang bebas habuk.
OK, tu je kot. Kalau ada aku tambah la....

Rujukan Utama Fotografi : tarmizishukri.com

8 comments:

  1. nice tips... tapi i camera pun non adooooo huk huk huk. harap camera handphone jer laaaa

    ReplyDelete
    Replies
    1. thanks.... camera phone senang.... maintenance free...sbb lens simpan dalam... x terkeluar....

      Delete
  2. cerewet jugak penjagaan die ek. sy cume ade camera phone saja. hahahha

    ReplyDelete
    Replies
    1. mmg cerewet..... dh la beli lens mahal.... nk kene jage pun mahal.... tapi kalau x jaga, menyesal.....lens bukan murah2.....hehehe.....camera phone senang.... maintenance free...sbb lens simpan dalam... x terkeluar....

      Delete
  3. luas pengetahuan pasal kamera ye... hehe akak pakai kamera biasa je.. tak mampu nak pakai yang mahal2 hehe

    ReplyDelete
    Replies
    1. heheeh.... x de la luas sgt kak... saya pun belajar..... tapi kalau sesuatu hobi tu..... kne belajar cara jaga dulu.... bru start hobby tu.... hehehe..... start dengan kamera biasa dulu... nnt kalau dh ade modal beli DSLR beginner..... wat seronok2 amibil gambar... bkn nak wat duit sgt pun.... hehehe

      Delete
  4. This is my first time visit here. From the tons of comments on your articles,I guess I am not only one having all the enjoyment right here! best dslr for photography under 30000

    ReplyDelete

Komen dan tinggalkan jejak kat sini, nnt saya singgah. :)