Nuffnang Ads

Merarik di Apesal.com

Post Terakhir bagi Edisi 2011 / 5 post dengan page view tertinggi

Kurang dari 3 jam 2011 akan melabuhkan tirainya yang telah kita isi dengan pelbagai peristiwa suka duka. Juga 2012 akan membuka tirai barunya dan kita akan mula mencoraknya. Post kali ini merupakan post yang terakhir bagi edisi 2011. Post kali ini akan menyenaraikan 5 post yang mempunyai page view tertinggi.


  1. Rekabentuk Duit Syiling Malaysia Siri Ketiga

  2. 'Design' / Rekabentuk Wang Kertas/Polimer Malaysia Siri baru

  3. ‘LOOKING BACK’ 2011: SOROTAN PERISTIWA SUKA & DUKA 2011

  4. Rekabentuk MyKad Baru

  5. In Time – Ada Keunikan Tersendiri

Rekabentuk MyKad Baru

Salam Sejahtera!
Hari-hari berlalu semakin mendekatkan kita dengan tahun 2012 dan 2011 hampir meninggalkan kita. Disini saya nak kongsikan pembaharuan yang di buat oleh kerajaan Malaysia menjelang tahun 2012, antaranya adalan 'rebranding' rekabentuk MyKad. MyKad baru keluaran Jabatan Pendaftaran Negara (JPN) ini akan mula digunakan pada 3 Januari 2012, dilaksanakan secara berperingkat bermula di JPN Putrajaya dan Shah Alam dan akan dilaksanakan secara menyeluruh bermula 15 Februari 2012.

Cawangan JPN di negeri-negeri lain seperti Kluang dan Ipoh akan mengeluarkan MyKad baru pada 10 Januari, Johor Bahru (14 Januari), Kuantan (15 Januari), Melaka (17 Januari), Kuching dan Kota Bharu (20 Januari), Kuala Terengganu dan Pulau Pinang (29 Januari).

MyKad yang berstruktur baru memiliki reka bentuk dan ciri-ciri keselamatan seperti diperbuat daripada bahan Polikarbonat yang lebih bertahan dan menggunakan cip baru yang lebih bertahan.
MyKad berstruktur baru ini mempunyai ciri keselamatan yang dipertingkatkan berbanding dengan MyKad yang lama. Antaranya ialah MyKad baru mempunyai "ghost image" yang menggunakan teknologi turisan laser pada permukaan kad bagi mengelakkan pemalsuan berlaku. MyKad baru sudah menambahbaik keseluruhan percetakan keselamatan MyKad dengan teknologi terkini dan ia memperkukuhkan daya lekatan antara lapisan cetakan dengan "overlay" dengan reka bentuk yang ditambahbaik.

Antara Ciri keselamatan yang terdapat pada MyKad berstruktur baru ialah, cetakan pelangi pada bahagian atas kiri MyKad. Nombor MyKad jugan dipertingkatkan dengan kaedah turisan laser. Turisan laser ini terdapat pada nombor MyKad dan bahagian bawah gambar pemilik. Juga terdapat sistem Pelindungan Anti-Pemalsuan MyKad dengan terpaparnya bangunan pentadbiran persekutuan Putrajaya pada MyKad yang hanya boleh dilihat dengan pembalikan sinaran ultra-ungu atau ultra-violet. Juga terdapat Imej turisan laser gambar pemilik. Jika MyKad lama hanya mempunayai 1 gambar, Mykad baru dipertingkatkan ciri keselamatannya dengan meletakkan 2 gambar berkeupayaan turisan laser. Pada bahagian belakang MyKad juga mempunyai ciri keselamatan. Pada imej Menara Berkembar Petronas (KLCC), terdapat UV Pelbagai warna diletakkan pada kedua-dua menara, Menara 1 dan Menara 2, KLCC. MyKad baru juga dipertingkatkan kapasitinya storan cip dengan keupayaan storage/storan cip sebanyak 80Kb berbanding dulu hanya 64Kb nilai storan. Antara ciri yang dikekalkan adalan Mykad berfungsi sebagai kad pelbagai guna dengan fungsi 'Touch n Go' yang mana boleh digunakan di Lebuhraya, Taman Tema, Menaiki Perkhidmatan Awam seperti LRT, Monorail, Komuter dan Bas.

PERBEZAAN imej sinar ultra lembayung atau UV yang timbul dari kad pengenalan yang baru (kanan) dengan kad pengenalan lama ketika dipancarkan dengan cahaya UV. Kad pengenalan baru ini ditambah baik dari segi reka bentuk dan ciri-ciri keselamatan seperti diperbuat daripada bahan polikarbonat yang lebih tahan lama, menggunakan teknologi tulisan laser pada permukaan kad dan menggunakan cip baru yang lebih tahan lama. Jabatan Pendaftaran Negara (JPN) akan mengeluarkan kad baru itu mulai 3 Januari 2012 secara berperingkat dan akan dimulakan di ibu pejabat JPN Putrajaya dan JPN Shah Alam, Selangor. - Foto Effendy Rashid

Rekabentuk Duit Syiling Malaysia Siri Ketiga

Seperti yang diketahui, awal tahun 2012 merupakan permulaan kepada penggunaan Duit Syiling Malaysia Siri Ketiga, bagi menggantikan Duit Syiling sekarang yang telah digunakan lebih 20 tahun. Duit Syiling Siri Ketiga ini didatangkan dalam 4 Nilai Muka/Denominasi iaitu 50sen, 20sen, 10sen, dan 5sen (1 sen telah ditamatkan perkhidmatan kerana penggunaan sistem 'Jimat dan senang kira').


 
Keunikan Malaysia
Duit Syiling Malaysia Siri Ketiga


Ciri-ciri unik yang mencorak budaya dan warisan negara menjadi sumber inspirasi dalam reka bentuk duit syiling Malaysia siri ketiga ini. Dengan tema 'Keunikan Malaysia', reka bentuk baharu duit syiling ini memaparkan motif-motif seni kraftangan tradisional dan keindahan flora dan fauna negara. Duit syiling ini menyerlahkan identiti kebangsaan Malaysia yang kaya dan pelbagai dengan begitu indah sekali.

Ciri-ciri Am
Bahagian hadapan setiap denominasi memaparkan motif berbeza, 14 titik untuk melambangkan 13 negeri dan Wilayah Persekutuan dan (kecuali duit syiling 50 sen) lima garis mendatar bagi menggambarkan prinsip-prinsip Rukun Negara. Bahagian belakang duit syiling pula memaparkan motif Bunga Raya atau Rosa-sinensis, iaitu bunga kebangsaan Malaysia, tahun penempaan, nilai muka duit syiling dan perkataan 'BANK NEGARA MALAYSIA'.


Spesifikasi Teknikal
Nilai Muka
50 sen
20 sen
10 sen
5 sen
Logam
Nikel Loyang Bersalut Kuprum
Nikel Loyang
Keluli Tahan Karat
Keluli Tahan Karat
Garis pusat (mm)
22.65
20.60
18.80
17.78
Berat (gram)
5.66
4.18
2.98
1.72
Bentuk
Bulat berlekuk 9
Bulat
Bulat
Bulat
Sisi
Kosong
Kasar
Halus
Kosong
Warna
Kuning
Kuning
Putih
Putih

Huraian/Deskripsi Duit Syiling Malaysia Siri Ketiga berdasarkan Nilai Muka/Denominasi

 


Duit Syiling 50 Sen
Sulur Kacang



Motif sulur kacang pada duit syiling 50 sen amat terkenal kerana sering digunakan oleh para pengukir dalam seni ukiran kayu dan perak mereka. Kelembutan lingkaran dan juntaian pokok kacang tergambar dalam ukiran pada barang kemas, peti, dan juga pada bahagian-bahagian rumah kayu tradisional seperti muka pintu, bingkai tingkap serta panel kayu pada dinding rumah. Garisan halus pada latar belakang motif merupakan sebahagian daripada ciri keselamatan.

Ciri Keselamatan
Imej pendam / latent image duit syiling 50 sen akan kelihatan apabila duit syiling tersebut disendeng pada sudut yang berlainan.


Duit Syiling 20 Sen
Bunga Melur

Bunga melur mendapat tempat yang istimewa dalam kebudayaan tiga kaum utama di Malaysia. Keharuman bunga ini menjadikannya sebagai satu elemen penting dalam majlis tradisional seperti majlis perkahwinan dan acara keagamaan. Motif bunga melur juga sering terdapat pada hasil kesenian dan pertukangan tangan tradisional seperti sulaman dan ukiran perak. Pada duit syiling 20 sen baharu ini, bunga melur dipaparkan dengan berlatarkan motif kain destar siga.

Duit Syiling 10 Sen
Motif Orang Asli

Orang Asli di Malaysia cukup terkenal dengan kemahiran seni anyaman daun-daun dan tumbuhan setempat untuk dijadikan perhiasan seperti hiasan kepala, selempang dan skirt yang dipakai di upacara dan majlis tradisional. Setiap kaum memiliki corak anyaman tersendiri yang lazimnya diilhamkan daripada sistem kepercayaan dan persekitaran mereka. Duit syiling 10 sen baharu mengabadikan seni warisan ini dalam bentuk corak anyaman unik suku kaum Mah Meri di Semenanjung Malaysia.

Duit Syiling 5 Sen
Destar Siga

Kain destar siga merupakan sejenis tenunan kain asli suku kaum Kadazan Dusun di Sabah. Ia biasanya dijadikan sebagai hiasan kepala dalam majlis tradisi mereka. Kain hiasan kepala ini ditenun terutamanya dengan benang hitam dan diserikan dengan benang pelbagai warna bercorak geometri serta motif yang diilhamkan daripada flora dan fauna. Dengan berlatarkan motif sulur kacang, destar siga menjadi corak utama pada duit syiling 5 sen baharu.

Montaj Pelancaran Duit Syiling Malaysia Siri Ketiga


Untuk maklumat Wang Kertas / Polimer Malaysia Siri Keempat : Klik Sini


Memandangkan Tahun 2011 bakal menutup tirainya, jadi, kongsikan peristiwa terbaik anda pada tahun 2011 di sini, diruangan komen facebook :



‘LOOKING BACK’ 2011: SOROTAN PERISTIWA SUKA & DUKA 2011

Lebih kurang 8 atau 9 hari lagi 2011 akan melabuhkan tirainya dan jendela 2012 akan dibuka. Pelbagai peristiwa bakal dicoretkan pada tahun 2012 ini. Tetapi 2011 masih lagi memberikan pelbagai suka dan duka bagi sesetengah individu mahupun dunia.
Tahun 2011 diisi dengan kisah suka duka dunia sukan, politik serta pelbagai lagi. Awal tahun lagi dunia dikejutkan dengan krisis Mesir. Diikuti dengan sorotan kisah gempa bumi Jepun.
KRISIS MESIR, KEJATUHAN HOSNI MUBARAK
25 Januari 2011 merupakan titik permulaan kepada krisis Mesir apabila protes jalanan membantah pemerintahan Presiden yang telah memimpin lebih 30 tahun itu. Kemudian selepas pertembungan tentera dengan penunjuk perasaan yang meragut 850 nyawa, Hosni Mubarak meletak jawatan pada 11 Februari, 18 hari selepas protes jalanan  merusuh. Kini, Beliau serta anak dan beberapa Menteri Kabinet didakwa atas tuduhan salah guna kuasa dan rasuah. Tentera mengambil alih kuasa dan pusingan pertama pilihan raya akhir November lalu menyaksikan Ikhwanul Muslimin yang lebih 30 tahun diharamkan di bawah kepimpinan Hosni menang 36 daripada 54 kerusi dipertandingkan.
GEMPA BUMI, TSUNAMI MELANDA JEPUN
Belum reda dengan krisis yang berlaku di serata dunia, dunia dikejutkan dengan bencana gempa bumi diikuti dengan tsunami yang melanda Jepun atau lebih tepat di Wilayah Fukushima 11 Mac lalu. Dengan kekuatan gegaran 9.1 magnitud pada skala richter itu sudah cukup untuk membunuh 20,000 penduduk disepanjang timur laut Negara itu. Belum reda dengan trauma gempa bumi serta tsunami, Jepun terpaksa berhadapan risiko kebocoran radiasi akibat daripada kebocoran Logi janakuasa nuklear Fukishima Dai-ichi milik Jepun yang terletak di timur laut Tokyo. Namun begitu, Jepun tenang menghadapi bencana alam itu dan perlahan-lahan bangkit membina semula Negara Matahari Terbit itu. Namun kebimbangan tercetus kembali apabila kira-kira 1.8 tan air yang dicemari bahan radioaktif mengalir keluar dari system penyejukan logi nuklear tersebut.
‘WEDDING OF THE YEAR’, PUTERA WILLIAM, KATE MIDDLETON
Dengan jolokan ‘Wedding of the year’, perkahwinan gilang gemilang pasangan Putera William dari Britain dan Kate Middleton atau nama sebenarnya Catherine Middleton selamat dilangsungkan di Westminster Abbey pada 29 April dalam upacara penuh istiadat diraja yang menarik tumpuan lebih 2.4 bilion penonton diseluruh dunia. Middleton, 29, rakyat biasa yang berkahwin dngan pewaris takhta dalam tempoh 350 tahun, melafazkan ikrar setianya didepan 1,900 tetamu termasuk bekas Yang di-Pertuan Agong, Tuanku Mizan Zainal Abidin dan bekas Raja Permaisuri Agong, Tuanku Nur Zahirah. Berita gembira buat dunia apabila kini Kate dilaporkan hamil enam minggu mengikut sumber Istana seperti dilaporkan majalah In Touch.
KEMATIAN OSAMA BIN LADEN, MUAMMAR GADAFFI
Dua nama yang memang tidak disenangi Barat terutamanya Amerika Syarikat (AS). Kematian pemimpin Al-Qaeda, Osama bin Laden, dilaporkan pada 2 Mei lalu dikatakan didalangi pasukan khas AS yang melancarkan serangan ke atas kubu kuat tokoh itu di Abbottabad, Pakistan. Ia dilihat sebagai satu kejayaan besar bagi AS bagi memerangi pengganas susulan kejadian 11 September (9/11). Bekas pemimpin Libya yang lantang mengkritik AS, Muammar Gadaffi dibunuh selepas pertembungan dengan majlis peralihan di Sirte, 20 Oktober lalu. Turut terbunuh dalam kejadian itu ialah anak lelakinya, Mo’tassim. Dengan berlakunya peristiwa ini, membuatkan hubungan antara AS dan Pakistan bertambah tegang sejak sekutunya melancarkan serangan sehingga terbunuhnya Osama bin Laden. Keadaan bertambah teruk apabila Washington menuduh Perisik Pakistan terbabit dalam serangan keatas kedutaan AS di Kabul, September lalu.
KEHILANGAN BESAR DUNIA MEDIA, NORAMFAIZUL, KEBANGKITAN HARIMAU MALAYA
Turut mencuri perhatian dunia adalah kisah kematian jurukamera BERNAMA TV, Noramfaizul Mohd Nor, 41, yang terkorban selepas terkena tembakan curi ketika mengikuti misi kemanusiaandi Somalia, 5 September lalu. Kejadian ini dilaporkan akhbar utama antarabangsa, malah mendapat reaksi pertubuhan wartawan dan media global.
Imej MALAYSIA dalam kalangan negara serantau juga diangkat melalui reputasi cemerlang Skuad Bola Sepak. Semangat juang tinggi dipamerkan ketika menentang kelab elit Eropah seperti Chelsea, Liverpool dan Arsenal merangsang kebangkitan rakyat terhadap sukan ini. Kejayaan skuad Harimau Malaya bawah bimbingan Datuk K.Rajagobal dan Ong Kim Swee ini menjuarai Piala Suzuki AFF menyaksikan populariti bola sepak negara kian meniti puncak, ditambah pula kemenangan skuad Harimau Muda  mempertahankan pingat emas bola sepak Sukan SEA di Jakarta, bulan lalu. Nama seperti Safee Sali, Safiq Rahim dan Khairul Fahmi Che Mat meniti di bibir kebanyakan peminat tempatan dan antarabangsa. Malah, Safee digelar Beckham Malaysia oleh media Wales ketika menjalani ujian bersama kelab Cardiff City di negara itu, yang kemudiannya turut dituruti oleh Safiq Rahim.
BANJIR BESAR BANGKOK
Enam daerah di bangkok tenggelam hampir tiga bulan bermula September. Bencana bukan saja melumpuhkan operasi bandaraya Bankok, malah menjejaskankehidupan sembilan juta penduduknya serta mengorbankan kira-kira 350  nyawa. Ia banjir terbesar dalam sejarah Negara Gajah Putih itu sejak 1942 dan menyebabkan 10,000 kilang terpaksa menutup operasi, 660,00 rakyatnya berdepan risiko kehilangan pekerjaan dan kerosakan harta benda bernilai sehingga AS$4.6 billion (RM 14.65 billion), selain menjejaskan rantaian bekalan beras serta komponen kenderaan antarabangsa.
DALAM KENANGAN, STEVE JOBS, IN MEMORY
Pelopor inovasi Teknologi Elektronik dan Komunikasi terhebat ini menghembuskan nafas terakhirnya pagi 6 Oktober lalu pada usia 56 tahun selepas bertarung dengan barah pankreas. Jobs, mengemudi Apple menjadi syarikat gergasi ulung mengeluarkan pelbagai peranti canggih daripada komputer peribadi kepada iPod dan iPhone. Lagasi Jobs diteruskan Apple di bawah teraju Tim Cook dengan pelan empat tahun yang diatur lagenda gajet itu sebelum kematiannya. Antara pelan itu adalah pembinan pejabat baru Apple, perkhidmatan perkomputeran awam atau public computing service, iPhone serta iPad baru.

PENDUDUK BUMI KETUJUH BILLION
Bayi perempuan, Danica May Camacho diisytiharkan penduduk bumi yang ke tujuh billion, Oktober lalu seperti yang diumumkan PBB. Organisasi itu turut mengisytiharkan China terus menjadi negara paling ramai penduduk dengan populasi sebanyak 1.34 billion orang. Reputasi China sebagai negara dengan populasi terbesar dunia sejak sekian lama bakal dicabar. PBB meramalkan dalam tempoh empat dekad lagi, India akan mengambil alih status itu dengan jumlahkeseluruhan penduduk dunia dijangka mencapai 8 billion pada 2025 dan 10 billion sebelum abad ini berakhir.
Disertakan Video Sorotan Peristiwa Dunia 2011


Sumber : Rona Berita Minggu

'Design' / Rekabentuk Wang Kertas/Polimer Malaysia Siri baru

Sepertimana yang kita ketahui, Bank Negara Malaysia (BNM) / Central Bank of Malaysia telah memperkenalkan Wang Kertas Malaysia Siri Baru yang lebih bercirikan Malaysia. Wang kertas siri keempat ini akan mula berada dalam edaran pada suku kedua tahun 2012.

Keunikan Malaysia
Wang Kertas Malaysia Siri Baharu
Ciri-ciri unik yang mencorak budaya dan warisan serta keindahan alam semula jadi negara menjadi sumber inspirasi dalam reka bentuk wang kertas Malaysia siri terbaharu ini. Dengan tema 'Keunikan Malaysia', siri keempat wang kertas Malaysia ini memaparkan ekspresi tradisional berilhamkan seni dan kraf tangan, keajaiban alam semula jadi, flora dan fauna, ekonomi dan tradisi.

Ciri-ciri Am
Pada bahagian hadapan semua denominasi wang kertas, telah dikekalkan potret Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong yang pertama, Tuanku Abdul Rahman ibni Tuanku Muhammad, bunga kebangsaan iaitu bunga raya Rosa-sinensis (dikenali sebagai Bunga Raya dalam kalangan penduduk tempatan) dan corak songket kain tenunan tradisional. Bahagian belakang setiap denominasi wang kertas memaparkan ciri-ciri alam semula jadi, tradisi, budaya, flora, fauna dan ekonomi yang khusus bagi Malaysia.

Spesifikasi Teknikal
DenominasiSubstratUkuranWarna
RM100Kertas150mm X 69mmUngu
RM50Kertas145mm X 69mmHijau-biru
RM20Kertas145mm X 65mmJingga
RM10Kertas140mm X 65mmMerah
RM5Polimer135mm X 65mmHijau
RM1Polimer120mm X 65mmBiru
 
Wang kertas RM100
Keajaiban Alam Semula Jadi

Dua keajaiban alam semula jadi terkemuka negara yang diisytiharkan sebagai 'Tapak Warisan Dunia' oleh Pertubuhan Pendidikan, Sains dan Kebudayaan Bangsa-Bangsa Bersatu (UNESCO) dipaparkan pada wang kertas RM100. Keajaiban alam semula jadi yang mengagumkan ini ialah Taman Kinabalu di Sabah, dengan Gunung Kinabalu yang hebat dan agung (iaitu gunung tertinggi di Asia Tenggara) dan pembentukan batu mercu batu kapur yang menakjubkan di lembah Gunung Api, yang ditemui di Taman Negara Mulu di Sarawak. Kedua-duanya adalah antara keajaiban alam semula jadi di Malaysia yang memberi pengunjungnya satu pengalaman yang unik. 

Wang kertas RM50
Pertanian dan Teknologi

Kelapa sawit dan bioteknologi dipaparkan pada wang kertas RM50 sebagai ikon ekonomi Malaysia yang berkembang maju. Kelapa sawit telah menjadi tanaman pertanian negara yang paling utama dari segi ekonomi kerana Malaysia merupakan salah satu pengeluar dan pengeksport terbesar kelapa sawit di dunia. Bioteknologi terus meningkatkan kedudukan komoditi ini dalam rantaian nilai, menyokong transformasi ekonomi negara ke arah aktiviti nilai tambah yang lebih tinggi dalam sektor pertanian, perkilangan dan perkhidmatan. Minyak sawit mentah juga digunakan sebagai komoditi dasar bagi memudahkan pembiayaan secara Islam.

Wang kertas RM20
Hidupan Laut

Dua spesies penyu terkenal dan hanya dijumpai di perairan Malaysia iaitu Penyu Karah (Eretmochelys imbricata) dan Penyu Belimbing (Dermochelys coriacea), yang juga merupakan lambang hidupan laut yang pelbagai dan berwarna-warni di perairan tropika kita, dipaparkan pada wang kertas RM20 baharu. Penyu Karah mudah dikenali melalui muncungnya yang melengkung dan kulitnya yang bersisik manakala Penyu Belimbing pula mempunyai kulit yang keras dan tujuh jaluran pada cangkerangnya. Kewujudan penyu-penyu ini memberi peringatan bahawa kehidupan mereka bergantung pada imbangan aktiviti manusia dan pemuliharaan hidupan laut yang perlu dikendalikan dengan bijaksana.

Wang kertas RM10
Flora

Hutan tropika Malaysia yang tumbuh subur, iaitu salah satu hutan hujan tertua di dunia, mempunyai berjenis-jenis pokok berbunga dan antara yang paling ikonik ialah bunga yang terbesar di dunia iaitu Rafflesia. Spesies Rafflesia Azlanii yang dipaparkan pada wang kertas RM10 baharu ini merupakan spesies asli Semenanjung Malaysia dan mula-mula sekali ditemui di Hutan Simpan Royal Belum di negeri Perak pada tahun 2003. Bagi memperingati penemuan ini, bunga yang mengagumkan ini dinamakan sempena nama Sultan Perak, Sultan Azlan Muhibbuddin Shah ibni Almarhum Sultan Yusuff Izzuddin Shah Ghafarullahu-Lah.
Wang polimer RM5
Hidupan Liar
Burung Enggang Badak (Buceros rhinoceros), iaitu salah satu spesies burung enggang terbesar dan paling mengagumkan di dunia, dipaparkan pada wang kertas polimer RM5 baharu. Burung hutan yang menarik, bersayap lebar dan berekor panjang yang boleh ditemui dalam kelompok kecil di hutan hujan di seluruh negara ini memainkan peranan penting dalam budaya dan upacara tradisional negeri Sarawak yang turut dikenali sebagai 'Bumi Kenyalang'. Burung enggang juga melambangkan simbol kekuatan dan keberanian bagi masyarakat asli Sarawak.

Wang polimer RM1
Sukan Tradisional

Permainan wau merupakan sukan tradisional yang popular di Malaysia terutamanya di Kelantan dan Terengganu. Permainan wau juga secara tradisinya merupakan suatu acara untuk meraikan hasil tuaian yang baik yang merapatkan masyarakat tempatan negeri-negeri tersebut. Wau Bulan adalah antara wau Malaysia yang terkenal dan paling ikonik, dan dipaparkan pada wang polimer RM1 baharu. Wau Bulan buatan tangan, yang diperbuat daripada buluh dan kertas, juga menjadi barang hiasan popular yang menghiasi rumah-rumah di Malaysia.

Wang Kertas Peringatan
Wang kertas peringatan siri keempat ini boleh dibeli dalam jenis dan pada harga seperti yang berikut:

Jenis/DenominasiKuantitiHarga satu set
Set Penuh (RM1, RM5, RM10, RM20, RM50, RM100)50,000RM300
Set dalam 1 (RM20)500,000RM30
Set dalam 2 (RM1 dan RM5)500,000RM15
Orang ramai boleh membeli wang kertas peringatan di kaunter mulai Khamis, 22 Disember 2011 di:
  1. BNMLINK (Laman Informasi Nasihat & Khidmat)
    Tingkat Bawah, Blok D
    Bank Negara Malaysia
    Jalan Dato' Onn
    50480 Kuala Lumpur, Malaysia

    No. Telefon : +603 2698 8044 / 9044 (Sambungan: 7417 / 7390)
    Masa : 9.00 pagi - 5.00 petang
  2. Pejabat Wilayah Bank Negara Malaysia di Pulau Pinang dan Johor Bahru.
  3. Cawangan Bank Negara Malaysia di Kuala Terengganu, Kuching dan Kota Kinabalu.

WORDLESS WEDNESDAY #3

In Time – Ada Keunikan Tersendiri

Walaupun agak lewat untuk menulis review berkaitan filem bergenre sains fiksyen dan aksi ini, namun saya berpendapat ia mungkin tidak keterlaluan jika mengatakan bahawa filem terbitan Regency Enterprise dan arahan Andrew Niccol ini mempunyai keunikan dan kekuatanya yang tersendiri. Menggunakan sesuatu yang tidak nampak atau maya sebagai subjek penting dalam plot cerita adalah salah satu langkah berani yang ditunjukkan dalam penerbitan filem ini.


Mengangkat ‘MASA’ sebagai subjek utama dalam penceritaan filem, filem ‘In-Time’ ini memberikan kelainan daripada filem-filem sebelumnya yang menggunakan matawang sebagai sesuatu yang berharga. Masa diangkat sebagai subjek yang berharga, tetapi agak pelik untuk kita memindahkan dan memperdagangkan masa seperti yang biasa kita lakukan pada matawang. Oleh itu, tidaklah dikatakan filem ini bersifat sains fiksyen dan ditambah aksi yang mungkin mendebarkan disertai sedikit elemen kesedihan jika penonton memberikan perhatian kepada setiap babak yang berlalu.

Mungkin pembaca agak bingung dengan pernyataan saya yang agak berbelit. OK, mari kita dalami satu persatu perkara dalam filem ini. Masa adalah sesuatu yang amat berharga dalam penceritaan filem ini kerana, setiap manusia yang hidup (dalam filem ini) akan hidup sehingga umur mencecah 25 tahun. Kemudian mereka mempunyai 1 tahun lagi untuk hidup. Dengan baki 1 tahun itu mereka perlu buat apa sahaja untuk menambah baki masa mereka untuk kelangsungan hidup. Ini termasuklah berjual-beli, berkerja, berjudi, merompak sehingga kepada membunuh, dan sebagainya untuk mengambil masa milik orang lain.

Dibintangi oleh Justin Timberlake sebagai pembawa watak utama , Will Salas, juga Amanda Seyfried sebagai watak utama heroin (Sylvia Weis), plot filem arahan Andrew Niccol ini diolah dengan agak baik. Cerita dimulakan dengan memperkenalkan watak utama, tetapi nama watak utama dirahsiakan sehingga kepada puncak atau klimaks penceritaan. Will, seorang yang miskin dan hidup dalam kesusahan bersama ibunya. Namun, sekali lagi saya nyatakan bahawa masa diangkat sebagai subjek yang berharga dalam filem ini, oleh yang demikian kematian ibunya, telah menjadikan babak ini sebagai ‘turning point’ dalam filem ini dan dalam masa yang sama berjaya menyuntik elemen sedih dalam jiwa penonton secara tidak sengaja melalui babak ini.

Sejurus selepas ‘turning point’ dalam filem ini, secara perlahan-lahan watak heroin mula diperkenalkan. Walaupun watak Amanda Seyfried  sebagai heroin agak tenggelam, tetapi kombinasi hebat dua pelakon ini yang saling bergantungan memberi kesinambungan kepada jalan cerita yang lebih hebat. Watak lain dalam filem ini seperti ‘timekeeper’ dan ‘minutes man’ juga memainkan peranan yang penting bagi membuatkan watak utama bergerak seiring dengan plot cerita.

Juga tidak keterlaluan jika memasukkan filem ‘In Time’ ini kedalam senarai wajib toton anda.

Berikut saya lampirkan maklumat berkaitan filem ‘In Time’ ini.


Official poster
Directed by
Andrew Niccol
Produced by
Marc Abraham
Amy Israel
Kristel Laiblin
Eric Newman
Written by
Andrew Niccol
Starring
Amanda Seyfried
Justin Timberlake
Cillian Murphy
Olivia Wilde
Alex Pettyfer
Vincent Kartheiser
Johnny Galecki
Music by
Craig Armstrong
Cinematography
Roger Deakins
Editing by
Zach Staenberg
Studio
Regency Enterprises
New Regency
Strike Entertainment
Distributed by
20th Century Fox
Release date(s)
October 28, 2011 (2011-10-28)
Running time
109 minutes
Country
United States
Language
English
Budget
$40 million
Box office
$126,958,872

 Juga Trailer untuk pembaca untuk menguatkan keinginan anda untuk menonton filem ini.

Tips membuka kedai online/maya + Kronologi Gerhana Bulan Penuh 10/12/2011

Assalamualaikum dan salam Sejahtera......

Seperti yang dijanjikan pada entry lepas, saya akan post berkaitan tips membuka kedai online/maya....Tapi sebelum tu nak selit sikit berkenaan Gerhana Bulan Penuh semalam....Amacam? ade tgk semalam? Kalau nak tip untuk mengambil gambar gerhana bulah bolehlah ke sini. Berikut adalah fakta-fakta dan kronologi berkenaan gerhana bulan penuh yang berlaku semalam:
  • Gerhana bulan yang berlaku semalam adalah ulangan daripada fenomena gerhana bulan penuh pada bulan Disember 1957.....wow tahun Malaysia Merdeka tu.....
  • Gerhana bulan penuh seterusnya akan berlaku pada tahun 2014....wow lamanya....
  • Bulan mula memasuki bayang bayang penumbra pada jam 7:30 p.m (19:30)
  • 8:45 p.m (20:45) - Bulan mula memasuka bayang-bayang umbra (gelap)
  • Fasa bulan penuh gerhana bulan semalam berlaku selama 52 minit bermula 10:05 p.m (22:05) - 10:57 p.m (22:57)
  • Gerhana Penuh Maksimum berlaku pada 10:31 p.m (22:31)
  • Pada jam 10:58 p.m (22:58) bulan mula keluar dari bayang-bayang umbra
  • 12:18 a.m (00:18) Bulan mula keluar sepenuhnya dari bayang-bayang umbra
  • Gerhana tamat pada 1:31 a.m (01:31)
Visual kronologi gerhana bulan penuh
(klik untuk paparan lebih seksi :) )


Baiklah berbalik kepada tajuk yang mula-mula tadi.....

Berikut adalah tips membuka kedai online/maya:
  1. Uniform Resource Locator (URL) atau pun address memainkan peranan yang penting dalam proses 'berkenalan' dengan kedai online anda. Ini adalah kerana, setiap kedai dikanali melalui URL atau addressnya terlebih dahulu.
  2. Elakkan menggunakan Address yang panjang dan sukar diingat seperti www.KedaiKasutMenarikDanMurah.com.
  3. Elakkan juga menggunakan perkataan yang 'superb' dalam URL seperti www.KedaiKasutBombastik.com.
  4. Perlu dielakkan juga menggunakan perkataan yang akan mengelirukan pengunjung seperti www.KamalStoreToU.com yang boleh terkeliru dengan www.KamalStore2u.com @ www.KamalStore2You.com @ www.kamalStoreToYou.com.
  5. Antara Muka atau Interface juga memainkan peranan yang penting ketika pengunjung membuat pilihan. Interface yang simple dan mudah difahami memudahkan pengunjung membuat pilihan. Elakkan menggunakan tulisan berwarna untuk manulis perkara-perkara yang tidak penting, kerana manusia lebih cenderung untuk melihat kawasan yang berwarna terlebih dahulu.
  6. Letakkan Fungsi Login atau daftar masuk dibahagian kanan atas iaitu hot area yang biasa digunakan.
  7. Sisihkan atau 'sort' produk dalam katalog berdasarkan kategori. Kerana pengguna lebih  mudah untuk mencari produk yang diinginkan. Tambahkan juga fungsi engin carian.
  8. Sediakan sebanyak mungkin saluran bayaran kepada pelanggan. Perlu diingatkan bermula dari fasa ini, pengunjung yang mengunjungi laman web anda telah bertukar kepada Pelanggan. Jadi hati pelanggan anda perlu dijaga. Saluran bayaran yang releven untuk digunakan adalah Cash on Delivery (COD), Bank Transfer dan Credit/Debit Card (perlu melanggan dengan mana-mana payment gateway/gerbang bayaran seperti mobile88.com) .
Akhir sekali, disini saya senaraikan contoh-contoh System Kedai Online / Commerce System yang boleh digunapakai :
Akhir kata dari saya "Selamat Berjual Beli di Internet!"

WORDLESS WEDNESDAY #2



Timbang 'BERAT' blog/website anda..


Agak pelik post kali ni. 'Timbang' blog? pernah dengar berkenaan timbang blog ni?

OK....menimbang blog sebenarnya bukanlah menimbang atau mengukur berat blog anda secara fizikal, tetapi menimbang berat atau beban blog/website secara maya atau virtual. berat blog anda dipengaruhi oleh beberapa aspek, seperti kecekapan pelayan (server) tempat anda host blog anda seperti blogspot, wordpres etc. Buat masa ni pelayan (server) free blog hosting tidak mengalami apa-apa masalah. Tetapi ada faktor lain yang mempengaruhi kecekapan blog anda. Seperti widget-widget yang dipasang... Anda bolehlah timbang blog anda di sini.


Jika Blog anda mempunyai beban memebihi 100kb, blog anda ditafsirkan sebagai 'berat'. Oleh itu bolehlah consider untuk remove sikit widget/plug-in.

Tools lain yang boleh digunakan untuk analyzed blog anda:
Next entry mungkin : Tips membuka kedai online/atas talian/maya (mungkin boleh click bila dh ada entry)