Nuffnang Ads

Merarik di Apesal.com

In Time – Ada Keunikan Tersendiri

Walaupun agak lewat untuk menulis review berkaitan filem bergenre sains fiksyen dan aksi ini, namun saya berpendapat ia mungkin tidak keterlaluan jika mengatakan bahawa filem terbitan Regency Enterprise dan arahan Andrew Niccol ini mempunyai keunikan dan kekuatanya yang tersendiri. Menggunakan sesuatu yang tidak nampak atau maya sebagai subjek penting dalam plot cerita adalah salah satu langkah berani yang ditunjukkan dalam penerbitan filem ini.


Mengangkat ‘MASA’ sebagai subjek utama dalam penceritaan filem, filem ‘In-Time’ ini memberikan kelainan daripada filem-filem sebelumnya yang menggunakan matawang sebagai sesuatu yang berharga. Masa diangkat sebagai subjek yang berharga, tetapi agak pelik untuk kita memindahkan dan memperdagangkan masa seperti yang biasa kita lakukan pada matawang. Oleh itu, tidaklah dikatakan filem ini bersifat sains fiksyen dan ditambah aksi yang mungkin mendebarkan disertai sedikit elemen kesedihan jika penonton memberikan perhatian kepada setiap babak yang berlalu.

Mungkin pembaca agak bingung dengan pernyataan saya yang agak berbelit. OK, mari kita dalami satu persatu perkara dalam filem ini. Masa adalah sesuatu yang amat berharga dalam penceritaan filem ini kerana, setiap manusia yang hidup (dalam filem ini) akan hidup sehingga umur mencecah 25 tahun. Kemudian mereka mempunyai 1 tahun lagi untuk hidup. Dengan baki 1 tahun itu mereka perlu buat apa sahaja untuk menambah baki masa mereka untuk kelangsungan hidup. Ini termasuklah berjual-beli, berkerja, berjudi, merompak sehingga kepada membunuh, dan sebagainya untuk mengambil masa milik orang lain.

Dibintangi oleh Justin Timberlake sebagai pembawa watak utama , Will Salas, juga Amanda Seyfried sebagai watak utama heroin (Sylvia Weis), plot filem arahan Andrew Niccol ini diolah dengan agak baik. Cerita dimulakan dengan memperkenalkan watak utama, tetapi nama watak utama dirahsiakan sehingga kepada puncak atau klimaks penceritaan. Will, seorang yang miskin dan hidup dalam kesusahan bersama ibunya. Namun, sekali lagi saya nyatakan bahawa masa diangkat sebagai subjek yang berharga dalam filem ini, oleh yang demikian kematian ibunya, telah menjadikan babak ini sebagai ‘turning point’ dalam filem ini dan dalam masa yang sama berjaya menyuntik elemen sedih dalam jiwa penonton secara tidak sengaja melalui babak ini.

Sejurus selepas ‘turning point’ dalam filem ini, secara perlahan-lahan watak heroin mula diperkenalkan. Walaupun watak Amanda Seyfried  sebagai heroin agak tenggelam, tetapi kombinasi hebat dua pelakon ini yang saling bergantungan memberi kesinambungan kepada jalan cerita yang lebih hebat. Watak lain dalam filem ini seperti ‘timekeeper’ dan ‘minutes man’ juga memainkan peranan yang penting bagi membuatkan watak utama bergerak seiring dengan plot cerita.

Juga tidak keterlaluan jika memasukkan filem ‘In Time’ ini kedalam senarai wajib toton anda.

Berikut saya lampirkan maklumat berkaitan filem ‘In Time’ ini.


Official poster
Directed by
Andrew Niccol
Produced by
Marc Abraham
Amy Israel
Kristel Laiblin
Eric Newman
Written by
Andrew Niccol
Starring
Amanda Seyfried
Justin Timberlake
Cillian Murphy
Olivia Wilde
Alex Pettyfer
Vincent Kartheiser
Johnny Galecki
Music by
Craig Armstrong
Cinematography
Roger Deakins
Editing by
Zach Staenberg
Studio
Regency Enterprises
New Regency
Strike Entertainment
Distributed by
20th Century Fox
Release date(s)
October 28, 2011 (2011-10-28)
Running time
109 minutes
Country
United States
Language
English
Budget
$40 million
Box office
$126,958,872

 Juga Trailer untuk pembaca untuk menguatkan keinginan anda untuk menonton filem ini.

0 comment(s):

Post a Comment

Komen dan tinggalkan jejak kat sini, nnt saya singgah. :)