Nuffnang Ads

Merarik di Apesal.com

Showing posts with label Tips n Tricks. Show all posts
Showing posts with label Tips n Tricks. Show all posts

Menulis blog secara offline dengan Windows Live Writer

Assalamualaikum, Salam Sejahtera.

Lama tak update blog, bila check balik, my last post published on 17 May… sekarang dah 24 May…. about a week gak x update…. sibuk dengan peperiksaan SPA. Tapi sekarang dh x sibuk dh… just tunggu result on 28 June…. kalau lepas, pergi competency test, kalau lepas competency test, pergi Interview with DCA and SPA, after that, go for Class 3 Medical Exam and masuk pre service about 1 1/2 years. Then mulalah career sebagai penolong pegawai kawalan trafik udara that responsible for aerodrome and approaches control.

Topic kali ni mudah je menulis blog secara offline dengan Windows Live Writer. Pernah dengar tak Windows LIve Writer? Rata-rata blogger, kalau nak post entry, dia akan online dulu, lepas tu baru login blogger and then tulis entry secara direct pada website dan online… tetapi sekarang tak perlu dah… kalau internet tak ada pun, secara offline pun still bole tulis blog, tak perlu menaip pada Microsoft Word ke, hape ke…. pastu kalau dah ada internet, just terus publishkan je… tarikh and masa publish pun boleh setkan….

Dengan Windows Live writer, kita boleh preview, how it look on the browser. dan nk letak gambar pun jadi mudah…. Nak edit source code pun senang…

image Antaramuka Windows Live Writer, Entry ini dipublish menggunakan Windows Live Writer dan OS Wondows 8

Secara amnya, di bahagian atas, terdapat control and formatting toolbars, bahagian kanan antaramuka pula disediakan elemen-elemen blog untuk dimasukkan kedalam entry, contohnya picture, video, hyperlink and so on. Bahagian bawah ada terdapat mode paparan. Terdapat tiga jenis mode paparan/suntigan. 3 mode itu ialah Edit iaitu paparan untuk menulis entry, Preview, untuk pra-tonton entry apabila di publish dan Source untuk editing HTML source code, untuk sesiapa yang minat nak edit source code.

Bahagian bawah tab paparan pula ada ruangan untuk meletakkan lebel pada entry. Tak perlu ingat label, just click dan label akan trace dari server blogger. Kalau ada bual apa-apa perubahan pada template blog, Cuma click View –> refresh theme…. template baru akan dimuat turun dan dipaparkan…

Mudah bukan.? Highly Recommended to all blogger out there… sangat mudah… nak letak print screen pun senang….

OK la sampai tu dulu, mungkin lepas ni nak post berkaitan consipacy theory yang orang terlalu obvious sgt…

Tips Earning dari Nuffnang... mesti baca !

Nuffnang? Nuffnang ni sebenarnya advertising program yang disediakan bagi blogger-blogger diluar sana untuk sediakan ruang untuk peniklanan tanpa perlu manage iklan itu sendiri. Senang kan?

OK... untuk mula, pastikan korang semua ada blog, lepas ada blog, masuk ke laman web nuffnang dan sign up akaun baru... masukkan details yang diperlukan...


Lepas dah siggn up, masukkan details blog. Tapi ingat isi dengan penuh hemah... Betul2, tak mau tipu2, sebab nanti susah nuffnang nak match kan iklan apa yag sesuai dengan blog korang. Kalau boleh Pool and vote tu bagi Yes la... Senang nak tau pengunjung tu macam mana...

Apabila dah letak blog, lepas tu letakkan la ads yang sesuai pada lokasi di blog korang. Tapi ingat, apabila daftar anda merupakan ahli biasa. Tapi apabila korang dah letak semua ketiga-tiga ads (banner, skyscrapper B, C) keahlian korang akan bertukar kepada glitterati. Banyak kelabihan kalau jadi ahli glitterati. PERLU INGAT, jangan letak iklan lain selain nuffnang, kalau x glitterati korang akan ditarik dan earning akan menurun. Rajin-rajinlah blog walking untuk dapat trafffic.
Secara ringkasnya ini point yang aku highlightkan :
  • Pastikan korang adalah ahli glitterati
  • Unique visit kenalah banyak. Kalau x sape jek yang datang kan?
  • Pastikan korang punya blog ada tema yang tersendiri, seperti blog aku ni Photography and Tech. Personal pun ada.... Tapi jangan la blog tu 100% personal... nnt nak iklan kan ape?
  • Iklan perlu strategik. Macam banner letak di tepi, mmg x strategik.... kena pandai olah iklan tu.
  • Slalu update survey dan blogger bio
  • Patuhi syarat2 nuffnang. PERLU INGAT, jangan letak iklan lain selain nuffnang, kalau x glitterati korang akan ditarik dan earning akan menurun.
Itu je kot... kalau ada apa2 lagi nak tambah, korang boleh comment kat bawah ni... 
Jom blogwalking.....

Revolusi facebook 2004 - 2012 (Sejarah dan imej)

Salam, jumpa lagi. Kali ni seperti yang dijanjikan, nak buat post berkaitan facebook la.... Revolusi facebook bermula ianya dilancarkan sehingga kini.. (2004- 2012). Entry kali ni malas nak tulis banyak banyak.... saya upload gambar je.... sedikit brief berkenaan facebook....


Facebook telah dibangunkan oleh sekumpulan pelajar Sains Komputer Universiti Harvard yang dianggotai oleh Mark Zuckerberg dan rakan-rakannya. Ia bertujuan untuk menghubungkan pelajar-pelajar Universiti Harvard. Seterusnya dikembangkan untuk kegunaan Universiti di sekitarnya seperti Universiti Stanford dan Ivy League....


4 Februari 2004 - Facebook dilancarkan



Ogos 2005 - thefacebook ditukat kepada facebook.com, September 2005 - pendaftaran dibuka kapada pelajar menangah atas, Oktober 2005 - pengguna boleh upload dan meletak gambar.


April 2006 - facebook versi mobile/mudah alih diperkenalkan, Ogos 2006 - facebook berkerjasana dengan microsoft dan aplikasi Notes dilancarkan, September 2006 - News feed diperkenalkan tetapi dilawan oleh pengguna atas hak privasi



May 2007 - Facebook memperkenalkan aplikasi facebook dan developer facebook, Ogos 2007 - facebook for IPhone dilancarkan, Oktober 2007 - Microsoft berkerjasana dengan facebook secara besar-besaran, November 2007 - facebook ads dilancarkan



Mac 2008 - Facebook menambahbaik sistem privasi, April 2008 - facebook chat dilancarkan, Julai 2008 - facebook connect dilancarkan



Februari 2009 - 'Like' diperkenalkan, Jun 2009 - Username facebook diperkenal, Oktober 2009 - sekali lagi privasi diubah


April 2010 - API open graph diperkenalkan, Jun 2010 - pengguna facebook mencecah 500 million, Ogos 2010 - Facebook places diperkenalkan


 2011 - Facebook timeline diperkenalkan kepada developer / beta testing




Facebook timeline 

Facebook 2004-2012 Gallery









Tips membuka kedai online/maya + Kronologi Gerhana Bulan Penuh 10/12/2011

Assalamualaikum dan salam Sejahtera......

Seperti yang dijanjikan pada entry lepas, saya akan post berkaitan tips membuka kedai online/maya....Tapi sebelum tu nak selit sikit berkenaan Gerhana Bulan Penuh semalam....Amacam? ade tgk semalam? Kalau nak tip untuk mengambil gambar gerhana bulah bolehlah ke sini. Berikut adalah fakta-fakta dan kronologi berkenaan gerhana bulan penuh yang berlaku semalam:
  • Gerhana bulan yang berlaku semalam adalah ulangan daripada fenomena gerhana bulan penuh pada bulan Disember 1957.....wow tahun Malaysia Merdeka tu.....
  • Gerhana bulan penuh seterusnya akan berlaku pada tahun 2014....wow lamanya....
  • Bulan mula memasuki bayang bayang penumbra pada jam 7:30 p.m (19:30)
  • 8:45 p.m (20:45) - Bulan mula memasuka bayang-bayang umbra (gelap)
  • Fasa bulan penuh gerhana bulan semalam berlaku selama 52 minit bermula 10:05 p.m (22:05) - 10:57 p.m (22:57)
  • Gerhana Penuh Maksimum berlaku pada 10:31 p.m (22:31)
  • Pada jam 10:58 p.m (22:58) bulan mula keluar dari bayang-bayang umbra
  • 12:18 a.m (00:18) Bulan mula keluar sepenuhnya dari bayang-bayang umbra
  • Gerhana tamat pada 1:31 a.m (01:31)
Visual kronologi gerhana bulan penuh
(klik untuk paparan lebih seksi :) )


Baiklah berbalik kepada tajuk yang mula-mula tadi.....

Berikut adalah tips membuka kedai online/maya:
  1. Uniform Resource Locator (URL) atau pun address memainkan peranan yang penting dalam proses 'berkenalan' dengan kedai online anda. Ini adalah kerana, setiap kedai dikanali melalui URL atau addressnya terlebih dahulu.
  2. Elakkan menggunakan Address yang panjang dan sukar diingat seperti www.KedaiKasutMenarikDanMurah.com.
  3. Elakkan juga menggunakan perkataan yang 'superb' dalam URL seperti www.KedaiKasutBombastik.com.
  4. Perlu dielakkan juga menggunakan perkataan yang akan mengelirukan pengunjung seperti www.KamalStoreToU.com yang boleh terkeliru dengan www.KamalStore2u.com @ www.KamalStore2You.com @ www.kamalStoreToYou.com.
  5. Antara Muka atau Interface juga memainkan peranan yang penting ketika pengunjung membuat pilihan. Interface yang simple dan mudah difahami memudahkan pengunjung membuat pilihan. Elakkan menggunakan tulisan berwarna untuk manulis perkara-perkara yang tidak penting, kerana manusia lebih cenderung untuk melihat kawasan yang berwarna terlebih dahulu.
  6. Letakkan Fungsi Login atau daftar masuk dibahagian kanan atas iaitu hot area yang biasa digunakan.
  7. Sisihkan atau 'sort' produk dalam katalog berdasarkan kategori. Kerana pengguna lebih  mudah untuk mencari produk yang diinginkan. Tambahkan juga fungsi engin carian.
  8. Sediakan sebanyak mungkin saluran bayaran kepada pelanggan. Perlu diingatkan bermula dari fasa ini, pengunjung yang mengunjungi laman web anda telah bertukar kepada Pelanggan. Jadi hati pelanggan anda perlu dijaga. Saluran bayaran yang releven untuk digunakan adalah Cash on Delivery (COD), Bank Transfer dan Credit/Debit Card (perlu melanggan dengan mana-mana payment gateway/gerbang bayaran seperti mobile88.com) .
Akhir sekali, disini saya senaraikan contoh-contoh System Kedai Online / Commerce System yang boleh digunapakai :
Akhir kata dari saya "Selamat Berjual Beli di Internet!"

Timbang 'BERAT' blog/website anda..


Agak pelik post kali ni. 'Timbang' blog? pernah dengar berkenaan timbang blog ni?

OK....menimbang blog sebenarnya bukanlah menimbang atau mengukur berat blog anda secara fizikal, tetapi menimbang berat atau beban blog/website secara maya atau virtual. berat blog anda dipengaruhi oleh beberapa aspek, seperti kecekapan pelayan (server) tempat anda host blog anda seperti blogspot, wordpres etc. Buat masa ni pelayan (server) free blog hosting tidak mengalami apa-apa masalah. Tetapi ada faktor lain yang mempengaruhi kecekapan blog anda. Seperti widget-widget yang dipasang... Anda bolehlah timbang blog anda di sini.


Jika Blog anda mempunyai beban memebihi 100kb, blog anda ditafsirkan sebagai 'berat'. Oleh itu bolehlah consider untuk remove sikit widget/plug-in.

Tools lain yang boleh digunakan untuk analyzed blog anda:
Next entry mungkin : Tips membuka kedai online/atas talian/maya (mungkin boleh click bila dh ada entry)