Nuffnang Ads

Merarik di Apesal.com

In Memories, 1940 Tacoma Narrow Bridge

Assalamualaikum, Salam Sejahtera…..

Lama x menulis, bukan sibuk n tak ada masa…. tapi malas… tak ada mode nak tulis… tengah berfikir pasal hobby yang pakai banyak maintainence cost…. hobby apa? hobby aku ada 2 category, natural and human made, natural hobby, fish keeping. Human made plak collecting aircraft miniature model… pening dibuatnya…. next time klu x malas nnt, aku post la gambar dengan title “Hobby”… Open-mouthed smile

Kali ni nak rewind balik timeline ni…. Siapa yang ambil mechanical @ structure @ civil engineering, mesti tahu cerita pasal Tacome Narrow Bridge ni… sebab ianya seperti menentang mother nature dan boleh nampak jambatan swing mcm apa yang terjadi pada Tacoma Narrow Bridge….

Sedikit brief berkenaan Tacoma Narrow Bridge 1940 Edition,

Siap dibina dan dibuka kepada public trafik pada 1 July 1940, menggunakan konsep jambatan gantung, menghubungkan antara Tacoma dan Semenanjung Kitsap merentasi Selat Tacoma Narrow (Tacoma Narrow Straits), Washington. Berdekatan dengan Seattle, Manufacture factory for Boeing.  Rupanya mcm ni :

Picture Credit to :  http://ta.twi.tudelft.nl/nw/users/vuik/information/fig06.gif and wikipedia

Jangan Terkeliru dengan Jambatan Pulau Pinang. Jambatan Pulau Pinang a.k.a Penang Bridge a.k.a E36 Expressway, tidak menggunakan konsep fully suspension seperti Tacoma Narrow Bridge. Penang Bridge menggunakan gabungan suspension dan cable stayed bridge concept. Tacoma Narrow bridge ini runtuh pada 7 November tahun yang sama (1940). Pada masa yang sama ketika dibina ( dan runtuh ), ianya adalah jambatan gantung (Suspension Bridge) ketiga terpanjang di didunia.

Kemusnahan/Keruntuhan Jambatan

Sedikit video pendahuluan “Footage of Tacoma Narrow Bridge Collapsing”
Pointing up*Tengok video ni dulu baru bacce the rest of the entry… kalau x, tak paham….

Tacoma Narrow Bridge runtuh pada pagi 7 November 1940. Penyebab kepada runtuhnya jambatan ni adalah kerana fenomena yang dinamakan aeroelastic fluttering. Secara kasarnya, sejak jambatan ini mula dibina, pekerja pembinaan sudah mendapati masalah ayunan secara vertical pada jambatan ini. Oleh yang demikian terdapat sedikit panambahbaikan dilakukan. Selepas jambatan dibuka kepada orang awam, pengendali jambatan ini, hired seorang pensyarah dari University of Washington untuk membuat “Wind Tunnel Test” atau Ujian Terowong Angin. Test ini bertujuan untuk menguji tahap ketahanan struktur binaan merentasi angin dan mengenalpasti sebarang penambahbaikan. 2 cadangan penambahbaikan telah dikemukakan, iaitu menebuk lubang di tepi jambatan supaya channel angin keluar dari jambatan dan menambah struktur aerodinamik pada bahagian tepi jambatan. Ujian ini dilakukan pada 2 November 1940, 5 hari sebelum jambatan ini runtuh.

Idea pertama tidak digemari kerana “irreversible nature”. Idea kedua telah dipilih. Tetapi kerja-kerja penambahbaikan tidak dilakukan kerana jambatan runtuh 5 hari selepas ujian dilakukan.

Garis Masa/Fakta kejadian runtuhan adalah seperti berikut:

  • Runtuh Pada November 7, 1940, at 11:00 a.m. (Pacific time)
  • Angin lintang pada kelajuan 40 batu sejam (64 km/j)
  • Tiada nyawa yang terkorban kecuali seekor angin dan sebuah kereta.

Macam mana boleh runtuh? Angin pada kelajuan 40 batu sejam (64 km/j) meniup secara melintang pada jambatan. Disebabkan struktur jambatan tak ada sebarang lubang angin atau aerodynamic structure yang boleh channel keluar angin, maka angin tak boleh escape dari jambatan tu. Jambatan ni bukan beralun secara normal, tetapi di twist sebab ada struktur yang kukuh di tengahnya.  ini ditambah pula dengan fenomena resonan / resonance. Resonance adalah hukum fizik apabila keupayaan sesuatu getaran @ frequency untuk menyerap getaran yang banyak apabila frequency sama dengan frequency naturalnya.

Credit to the animation owner and wikipedia

Seram kan? Hot smile Sekarang dah ada replacement bridge dan dibuka pada :

October 14, 1950 (westbound)
July 15, 2007 (eastbound)

http://en.wikipedia.org/wiki/Tacoma_Narrows_Bridge
http://en.wikipedia.org/wiki/Tacoma_Narrows_Bridge_(1940)
http://en.wikipedia.org/wiki/Penang_Bridge

Nota kaki : Alhamdulillah, lepas untuk 1st phase Air Traffic Controller Selection. Tengah tunggu next test phase. Rolling on the floor laughing

3 comments:

  1. dasat gak kan...mcm mna ler diorng boleh bina struktur yg xyakin utk bertahan lama

    ReplyDelete
    Replies
    1. dasat....dulu teknologi x berapa canggih.... kekurangan RnD untuk bina jambatan ni....

      Delete
  2. ha....teringat tgk video ni dalam kelas physic kat tempat tusyen masa belajar resonan ....tahun 2000

    ReplyDelete

Komen dan tinggalkan jejak kat sini, nnt saya singgah. :)