Nuffnang Ads

Merarik di Apesal.com

3 Perkara/Elemen asas Fotografi

Assalamualaikum dan salam sejahtera....

Selamat Tahun Baru 2012 !....Sempena tahun 2012 ni saya ade buat sedikit pembaharuan pada blog ni. Sedikit 'rebranding' untuk memberi sedikit kelainan dan menambah informasi kepada blog ni....bukan sekadar blog berkongsi informasi menarik, tips dan tricks, tetapi info tambahan berkenaan bidang fotografi dan sebagai 'Travelog'.


Untuk entry pertama edisi 2012 ini, saya nak mengetengahkan 3 Perkara/Elemen asas Fotografi. Perkara penting yang perlu dititikberatkan apabila mengambil gambar adalah 'Exposure'. Apa itu exposure? Exposure atau exposure value (EV) adalah nilai dedahan cahaya pada sensor bagi pengguna Kamera DSLR (Digital Single Lens Reflex) atau nilai dedahan cahaya pada filem bagi pengguna Kamera SLR (Single Lens Reflex). Nilai dedahan atau lebih selesa disebut exposure ini adalah kombinasi antara 3 perkara.

EXPOSURE = SHUTTER SPEED + APERTURE + ISO

3 Perkara/elemen asas fotografi adalah Shutter Speed, Aperture dan ISO.

SHUTTER SPEED
 
Shutter Speed adalah jangka masa shutter terbuka dan mendedahkan sensor atau filem kepada cahaya. Shutter speed dikira dalam unit saat bermula dari 1/8000 hingga BULB. BULB - shutter akan sentiasa terbuka selagi shutter button ditekan/tidak dilepaskan (selalunya digunakan untuk penggambaran light graffity). Shutter speed yang ideal untuk pengambaran normal adalah dalam lingkungan 1/60 dan kebawah. Jika menggunakan shutter speed yang tinggi, pastikan tangan anda betul-betul stabil atau gunakan tripod. Untuk pengetahuan, kamera DSLR sekarang dilengkapi dengan fungsi anti gegar (anti Shake/Image Stabilization), nama yang digunakan bagi fungsi anti gegar ini berlainan bagi setiap pengeluar kamera.

Nikon : Vibration Reduction
Sony : Steady Shot
Canon : Image Stabilization
Tamron : Vibration Compensation


Semakin lama shutter dibuka, semakin banyak cahaya yang masuk dan kalau gegaran berlaku akan mengakibatkan image blur. Lainlah kalau nak buat effect light streaks.

APERTURE (pronounce as APER CER)


Aperture atau lebih dikenali sebagai f-number adalah nilai bukaan iris pada bahagian dalam badan kamera yang akan meng'expose'kan sensor pada cahaya. Ianya dikira dalam unit F dan berdasarkan diameter bukaan iris. Nilai aperture bergantung kepada jenis lensa yang digunakan. Ada yang bermula dengan F1.4 dan ada yang bermula dengan F3.5. Bagi lensa standard 18mm - 55 mm, nilai aperturenya adalah bermula dari F3.5. Semakin besar nilai aperture, semakin kecil bukaan iris pada kamera, dan semakin sedikit cahaya masuk.


ISO

ISO atau kesensitifan sensor atau filem terhadap cahaya. Bagi pengguna DSLR, nilai ISO boleh dilaras pada badan kamera, tetapi bagi pengguna SLR, yang menggunakan filem, nilai ISO adalah fix pada jenis filem yang dugunakan. Sebagai contoh, zaman dulu, ingat tak waktu kita guna kamera, tak kiralah kamera kompak/'point and shoot' atau SLR, kalau nak tangkap ambil gambar memerlukan gulungan filem. Pada gulungan filem tu ade tercetak nilai ISO, 100, 200 dan sebagainya. Tetapi sekarang, zaman dah berubah. Filem telah digantikan dengan sensor peka cahaya, jadi nilai ISO tu dah tak fix. Boleh diubah mengikut keadaan sekitar kerana kesensitifan sensor itu diubah secara terus.
Untuk pengetahuan, ISO akan menghasilkan jumlah bintik (grain) berdasarkan nilainya.... Semakin besar nilai ISO itu, semakin banyak nilai grain yang dihasilkan. Grain ini dipanggil 'noise' dalam bidang pengimejan dan editing. ISO 100 dianggap sebagai nilai ISO yang standard. Nilai ISO yang terdapat sekarang adalah dari 'range' ISO 100 - ISO 12800.

Banyak lagi perkara pentin dalam bidang fotografi ni. Selepas ini mungking saya akan post berkenaan mode penggambaran/control dial pada kamera atau mungkin teknik mengambil gambar miniature-faking.

Sumber : tarmizishukri.com

Post Terakhir bagi Edisi 2011 / 5 post dengan page view tertinggi

Kurang dari 3 jam 2011 akan melabuhkan tirainya yang telah kita isi dengan pelbagai peristiwa suka duka. Juga 2012 akan membuka tirai barunya dan kita akan mula mencoraknya. Post kali ini merupakan post yang terakhir bagi edisi 2011. Post kali ini akan menyenaraikan 5 post yang mempunyai page view tertinggi.


  1. Rekabentuk Duit Syiling Malaysia Siri Ketiga

  2. 'Design' / Rekabentuk Wang Kertas/Polimer Malaysia Siri baru

  3. ‘LOOKING BACK’ 2011: SOROTAN PERISTIWA SUKA & DUKA 2011

  4. Rekabentuk MyKad Baru

  5. In Time – Ada Keunikan Tersendiri

Rekabentuk MyKad Baru

Salam Sejahtera!
Hari-hari berlalu semakin mendekatkan kita dengan tahun 2012 dan 2011 hampir meninggalkan kita. Disini saya nak kongsikan pembaharuan yang di buat oleh kerajaan Malaysia menjelang tahun 2012, antaranya adalan 'rebranding' rekabentuk MyKad. MyKad baru keluaran Jabatan Pendaftaran Negara (JPN) ini akan mula digunakan pada 3 Januari 2012, dilaksanakan secara berperingkat bermula di JPN Putrajaya dan Shah Alam dan akan dilaksanakan secara menyeluruh bermula 15 Februari 2012.

Cawangan JPN di negeri-negeri lain seperti Kluang dan Ipoh akan mengeluarkan MyKad baru pada 10 Januari, Johor Bahru (14 Januari), Kuantan (15 Januari), Melaka (17 Januari), Kuching dan Kota Bharu (20 Januari), Kuala Terengganu dan Pulau Pinang (29 Januari).

MyKad yang berstruktur baru memiliki reka bentuk dan ciri-ciri keselamatan seperti diperbuat daripada bahan Polikarbonat yang lebih bertahan dan menggunakan cip baru yang lebih bertahan.
MyKad berstruktur baru ini mempunyai ciri keselamatan yang dipertingkatkan berbanding dengan MyKad yang lama. Antaranya ialah MyKad baru mempunyai "ghost image" yang menggunakan teknologi turisan laser pada permukaan kad bagi mengelakkan pemalsuan berlaku. MyKad baru sudah menambahbaik keseluruhan percetakan keselamatan MyKad dengan teknologi terkini dan ia memperkukuhkan daya lekatan antara lapisan cetakan dengan "overlay" dengan reka bentuk yang ditambahbaik.

Antara Ciri keselamatan yang terdapat pada MyKad berstruktur baru ialah, cetakan pelangi pada bahagian atas kiri MyKad. Nombor MyKad jugan dipertingkatkan dengan kaedah turisan laser. Turisan laser ini terdapat pada nombor MyKad dan bahagian bawah gambar pemilik. Juga terdapat sistem Pelindungan Anti-Pemalsuan MyKad dengan terpaparnya bangunan pentadbiran persekutuan Putrajaya pada MyKad yang hanya boleh dilihat dengan pembalikan sinaran ultra-ungu atau ultra-violet. Juga terdapat Imej turisan laser gambar pemilik. Jika MyKad lama hanya mempunayai 1 gambar, Mykad baru dipertingkatkan ciri keselamatannya dengan meletakkan 2 gambar berkeupayaan turisan laser. Pada bahagian belakang MyKad juga mempunyai ciri keselamatan. Pada imej Menara Berkembar Petronas (KLCC), terdapat UV Pelbagai warna diletakkan pada kedua-dua menara, Menara 1 dan Menara 2, KLCC. MyKad baru juga dipertingkatkan kapasitinya storan cip dengan keupayaan storage/storan cip sebanyak 80Kb berbanding dulu hanya 64Kb nilai storan. Antara ciri yang dikekalkan adalan Mykad berfungsi sebagai kad pelbagai guna dengan fungsi 'Touch n Go' yang mana boleh digunakan di Lebuhraya, Taman Tema, Menaiki Perkhidmatan Awam seperti LRT, Monorail, Komuter dan Bas.

PERBEZAAN imej sinar ultra lembayung atau UV yang timbul dari kad pengenalan yang baru (kanan) dengan kad pengenalan lama ketika dipancarkan dengan cahaya UV. Kad pengenalan baru ini ditambah baik dari segi reka bentuk dan ciri-ciri keselamatan seperti diperbuat daripada bahan polikarbonat yang lebih tahan lama, menggunakan teknologi tulisan laser pada permukaan kad dan menggunakan cip baru yang lebih tahan lama. Jabatan Pendaftaran Negara (JPN) akan mengeluarkan kad baru itu mulai 3 Januari 2012 secara berperingkat dan akan dimulakan di ibu pejabat JPN Putrajaya dan JPN Shah Alam, Selangor. - Foto Effendy Rashid