Nuffnang Ads
Merarik di Apesal.com
Post Terakhir bagi Edisi 2011 / 5 post dengan page view tertinggi
Kurang dari 3 jam 2011 akan melabuhkan tirainya yang telah kita isi dengan pelbagai peristiwa suka duka. Juga 2012 akan membuka tirai barunya dan kita akan mula mencoraknya. Post kali ini merupakan post yang terakhir bagi edisi 2011. Post kali ini akan menyenaraikan 5 post yang mempunyai page view tertinggi.
Rekabentuk MyKad Baru
Salam Sejahtera!
Hari-hari berlalu semakin mendekatkan kita dengan tahun 2012 dan 2011 hampir meninggalkan kita. Disini saya nak kongsikan pembaharuan yang di buat oleh kerajaan Malaysia menjelang tahun 2012, antaranya adalan 'rebranding' rekabentuk MyKad. MyKad baru keluaran Jabatan Pendaftaran Negara (JPN) ini akan mula digunakan pada 3 Januari 2012, dilaksanakan secara berperingkat bermula di JPN Putrajaya dan Shah Alam dan akan dilaksanakan secara menyeluruh bermula 15 Februari 2012.
Cawangan JPN di negeri-negeri lain seperti Kluang dan Ipoh akan mengeluarkan MyKad baru pada 10 Januari, Johor Bahru (14 Januari), Kuantan (15 Januari), Melaka (17 Januari), Kuching dan Kota Bharu (20 Januari), Kuala Terengganu dan Pulau Pinang (29 Januari).
MyKad yang berstruktur baru memiliki reka bentuk dan ciri-ciri keselamatan seperti diperbuat daripada bahan Polikarbonat yang lebih bertahan dan menggunakan cip baru yang lebih bertahan.
MyKad berstruktur baru ini mempunyai ciri keselamatan yang dipertingkatkan berbanding dengan MyKad yang lama. Antaranya ialah MyKad baru mempunyai "ghost image" yang menggunakan teknologi turisan laser pada permukaan kad bagi mengelakkan pemalsuan berlaku. MyKad baru sudah menambahbaik keseluruhan percetakan keselamatan MyKad dengan teknologi terkini dan ia memperkukuhkan daya lekatan antara lapisan cetakan dengan "overlay" dengan reka bentuk yang ditambahbaik.Antara Ciri keselamatan yang terdapat pada MyKad berstruktur baru ialah, cetakan pelangi pada bahagian atas kiri MyKad. Nombor MyKad jugan dipertingkatkan dengan kaedah turisan laser. Turisan laser ini terdapat pada nombor MyKad dan bahagian bawah gambar pemilik. Juga terdapat sistem Pelindungan Anti-Pemalsuan MyKad dengan terpaparnya bangunan pentadbiran persekutuan Putrajaya pada MyKad yang hanya boleh dilihat dengan pembalikan sinaran ultra-ungu atau ultra-violet. Juga terdapat Imej turisan laser gambar pemilik. Jika MyKad lama hanya mempunayai 1 gambar, Mykad baru dipertingkatkan ciri keselamatannya dengan meletakkan 2 gambar berkeupayaan turisan laser. Pada bahagian belakang MyKad juga mempunyai ciri keselamatan. Pada imej Menara Berkembar Petronas (KLCC), terdapat UV Pelbagai warna diletakkan pada kedua-dua menara, Menara 1 dan Menara 2, KLCC. MyKad baru juga dipertingkatkan kapasitinya storan cip dengan keupayaan storage/storan cip sebanyak 80Kb berbanding dulu hanya 64Kb nilai storan. Antara ciri yang dikekalkan adalan Mykad berfungsi sebagai kad pelbagai guna dengan fungsi 'Touch n Go' yang mana boleh digunakan di Lebuhraya, Taman Tema, Menaiki Perkhidmatan Awam seperti LRT, Monorail, Komuter dan Bas.
PERBEZAAN imej sinar ultra lembayung atau UV yang timbul dari kad pengenalan yang baru (kanan) dengan kad pengenalan lama ketika dipancarkan dengan cahaya UV. Kad pengenalan baru ini ditambah baik dari segi reka bentuk dan ciri-ciri keselamatan seperti diperbuat daripada bahan polikarbonat yang lebih tahan lama, menggunakan teknologi tulisan laser pada permukaan kad dan menggunakan cip baru yang lebih tahan lama. Jabatan Pendaftaran Negara (JPN) akan mengeluarkan kad baru itu mulai 3 Januari 2012 secara berperingkat dan akan dimulakan di ibu pejabat JPN Putrajaya dan JPN Shah Alam, Selangor. - Foto Effendy Rashid
Rekabentuk Duit Syiling Malaysia Siri Ketiga
Seperti yang diketahui, awal tahun 2012 merupakan permulaan kepada penggunaan Duit Syiling Malaysia Siri Ketiga, bagi menggantikan Duit Syiling sekarang yang telah digunakan lebih 20 tahun. Duit Syiling Siri Ketiga ini didatangkan dalam 4 Nilai Muka/Denominasi iaitu 50sen, 20sen, 10sen, dan 5sen (1 sen telah ditamatkan perkhidmatan kerana penggunaan sistem 'Jimat dan senang kira').
Keunikan Malaysia Duit Syiling Malaysia Siri Ketiga
Ciri-ciri unik yang mencorak budaya dan warisan negara menjadi sumber inspirasi dalam reka bentuk duit syiling Malaysia siri ketiga ini. Dengan tema 'Keunikan Malaysia', reka bentuk baharu duit syiling ini memaparkan motif-motif seni kraftangan tradisional dan keindahan flora dan fauna negara. Duit syiling ini menyerlahkan identiti kebangsaan Malaysia yang kaya dan pelbagai dengan begitu indah sekali.
Ciri-ciri Am
Bahagian hadapan setiap denominasi memaparkan motif berbeza, 14 titik untuk melambangkan 13 negeri dan Wilayah Persekutuan dan (kecuali duit syiling 50 sen) lima garis mendatar bagi menggambarkan prinsip-prinsip Rukun Negara. Bahagian belakang duit syiling pula memaparkan motif Bunga Raya atau Rosa-sinensis, iaitu bunga kebangsaan Malaysia, tahun penempaan, nilai muka duit syiling dan perkataan 'BANK NEGARA MALAYSIA'.
Nilai Muka
|
50 sen
|
20 sen
|
10 sen
|
5 sen
|
Logam
|
Nikel Loyang Bersalut Kuprum
|
Nikel Loyang
|
Keluli Tahan Karat
|
Keluli Tahan Karat
|
Garis pusat (mm)
|
22.65
|
20.60
|
18.80
|
17.78
|
Berat (gram)
|
5.66
|
4.18
|
2.98
|
1.72
|
Bentuk
|
Bulat berlekuk 9
|
Bulat
|
Bulat
|
Bulat
|
Sisi
|
Kosong
|
Kasar
|
Halus
|
Kosong
|
Warna
|
Kuning
|
Kuning
|
Putih
|
Putih
|
Huraian/Deskripsi Duit Syiling Malaysia Siri Ketiga berdasarkan Nilai Muka/Denominasi
Sulur Kacang
Motif sulur kacang pada duit syiling 50 sen amat terkenal kerana sering digunakan oleh para pengukir dalam seni ukiran kayu dan perak mereka. Kelembutan lingkaran dan juntaian pokok kacang tergambar dalam ukiran pada barang kemas, peti, dan juga pada bahagian-bahagian rumah kayu tradisional seperti muka pintu, bingkai tingkap serta panel kayu pada dinding rumah. Garisan halus pada latar belakang motif merupakan sebahagian daripada ciri keselamatan.
Ciri Keselamatan
Imej pendam / latent image duit syiling 50 sen akan kelihatan apabila duit syiling tersebut disendeng pada sudut yang berlainan. Bunga melur mendapat tempat yang istimewa dalam kebudayaan tiga kaum utama di Malaysia. Keharuman bunga ini menjadikannya sebagai satu elemen penting dalam majlis tradisional seperti majlis perkahwinan dan acara keagamaan. Motif bunga melur juga sering terdapat pada hasil kesenian dan pertukangan tangan tradisional seperti sulaman dan ukiran perak. Pada duit syiling 20 sen baharu ini, bunga melur dipaparkan dengan berlatarkan motif kain destar siga.
Motif Orang Asli
Orang Asli di Malaysia cukup terkenal dengan kemahiran seni anyaman daun-daun dan tumbuhan setempat untuk dijadikan perhiasan seperti hiasan kepala, selempang dan skirt yang dipakai di upacara dan majlis tradisional. Setiap kaum memiliki corak anyaman tersendiri yang lazimnya diilhamkan daripada sistem kepercayaan dan persekitaran mereka. Duit syiling 10 sen baharu mengabadikan seni warisan ini dalam bentuk corak anyaman unik suku kaum Mah Meri di Semenanjung Malaysia.
Destar Siga
Kain destar siga merupakan sejenis tenunan kain asli suku kaum Kadazan Dusun di Sabah. Ia biasanya dijadikan sebagai hiasan kepala dalam majlis tradisi mereka. Kain hiasan kepala ini ditenun terutamanya dengan benang hitam dan diserikan dengan benang pelbagai warna bercorak geometri serta motif yang diilhamkan daripada flora dan fauna. Dengan berlatarkan motif sulur kacang, destar siga menjadi corak utama pada duit syiling 5 sen baharu.
Montaj Pelancaran Duit Syiling Malaysia Siri Ketiga
Untuk maklumat Wang Kertas / Polimer Malaysia Siri Keempat : Klik Sini
Memandangkan Tahun 2011 bakal menutup tirainya, jadi, kongsikan peristiwa terbaik anda pada tahun 2011 di sini, diruangan komen facebook :
Subscribe to:
Posts (Atom)






