Nuffnang Ads
Merarik di Apesal.com
Kucing IBM
Assalamualaikum,
At last dapat jugak hapdate. Just simple posting je la ek? hahaha~ berkenaan kucing. First of all tengok gambar ni dulu.
Eh, comel pulak kucing ni siap ada tag/pass lagi. Macam mana boleh jadi mcm ni? Ni cerita dia….
Mulanya, kucing ni hanyalah kucing biasa yang biasa je… duk dekat bangunan pejabat IBM. IBM tu apa? IBM tu company IT yang buat IT equipment mcm server dll mcm HP. Tapi satu hari, pihak IBM tu rasa yang kucing adalah part of IBM, jadi dia diberikan pass/ID tag untuk dia akses pintu-pintu yang ada dekat pejabat IBM. Mungkin pintu cafe salah satu…hehehe… sekarang kucing ni dijaga oleh pekerja dan duduk kat cafe… Aset IBM tu….
In Memories, 1940 Tacoma Narrow Bridge
Assalamualaikum, Salam Sejahtera…..
Lama x menulis, bukan sibuk n tak ada masa…. tapi malas… tak ada mode nak tulis… tengah berfikir pasal hobby yang pakai banyak maintainence cost…. hobby apa? hobby aku ada 2 category, natural and human made, natural hobby, fish keeping. Human made plak collecting aircraft miniature model… pening dibuatnya…. next time klu x malas nnt, aku post la gambar dengan title “Hobby”…
Kali ni nak rewind balik timeline ni…. Siapa yang ambil mechanical @ structure @ civil engineering, mesti tahu cerita pasal Tacome Narrow Bridge ni… sebab ianya seperti menentang mother nature dan boleh nampak jambatan swing mcm apa yang terjadi pada Tacoma Narrow Bridge….
Sedikit brief berkenaan Tacoma Narrow Bridge 1940 Edition,
Siap dibina dan dibuka kepada public trafik pada 1 July 1940, menggunakan konsep jambatan gantung, menghubungkan antara Tacoma dan Semenanjung Kitsap merentasi Selat Tacoma Narrow (Tacoma Narrow Straits), Washington. Berdekatan dengan Seattle, Manufacture factory for Boeing. Rupanya mcm ni :
Picture Credit to : http://ta.twi.tudelft.nl/nw/users/vuik/information/fig06.gif and wikipedia
Jangan Terkeliru dengan Jambatan Pulau Pinang. Jambatan Pulau Pinang a.k.a Penang Bridge a.k.a E36 Expressway, tidak menggunakan konsep fully suspension seperti Tacoma Narrow Bridge. Penang Bridge menggunakan gabungan suspension dan cable stayed bridge concept. Tacoma Narrow bridge ini runtuh pada 7 November tahun yang sama (1940). Pada masa yang sama ketika dibina ( dan runtuh ), ianya adalah jambatan gantung (Suspension Bridge) ketiga terpanjang di didunia.
Kemusnahan/Keruntuhan Jambatan
Sedikit video pendahuluan “Footage of Tacoma Narrow Bridge Collapsing”
*Tengok video ni dulu baru bacce the rest of the entry… kalau x, tak paham….
Tacoma Narrow Bridge runtuh pada pagi 7 November 1940. Penyebab kepada runtuhnya jambatan ni adalah kerana fenomena yang dinamakan aeroelastic fluttering. Secara kasarnya, sejak jambatan ini mula dibina, pekerja pembinaan sudah mendapati masalah ayunan secara vertical pada jambatan ini. Oleh yang demikian terdapat sedikit panambahbaikan dilakukan. Selepas jambatan dibuka kepada orang awam, pengendali jambatan ini, hired seorang pensyarah dari University of Washington untuk membuat “Wind Tunnel Test” atau Ujian Terowong Angin. Test ini bertujuan untuk menguji tahap ketahanan struktur binaan merentasi angin dan mengenalpasti sebarang penambahbaikan. 2 cadangan penambahbaikan telah dikemukakan, iaitu menebuk lubang di tepi jambatan supaya channel angin keluar dari jambatan dan menambah struktur aerodinamik pada bahagian tepi jambatan. Ujian ini dilakukan pada 2 November 1940, 5 hari sebelum jambatan ini runtuh.
Idea pertama tidak digemari kerana “irreversible nature”. Idea kedua telah dipilih. Tetapi kerja-kerja penambahbaikan tidak dilakukan kerana jambatan runtuh 5 hari selepas ujian dilakukan.
Garis Masa/Fakta kejadian runtuhan adalah seperti berikut:
- Runtuh Pada November 7, 1940, at 11:00 a.m. (Pacific time)
- Angin lintang pada kelajuan 40 batu sejam (64 km/j)
- Tiada nyawa yang terkorban kecuali seekor angin dan sebuah kereta.
Macam mana boleh runtuh? Angin pada kelajuan 40 batu sejam (64 km/j) meniup secara melintang pada jambatan. Disebabkan struktur jambatan tak ada sebarang lubang angin atau aerodynamic structure yang boleh channel keluar angin, maka angin tak boleh escape dari jambatan tu. Jambatan ni bukan beralun secara normal, tetapi di twist sebab ada struktur yang kukuh di tengahnya. ini ditambah pula dengan fenomena resonan / resonance. Resonance adalah hukum fizik apabila keupayaan sesuatu getaran @ frequency untuk menyerap getaran yang banyak apabila frequency sama dengan frequency naturalnya.
Credit to the animation owner and wikipedia
Seram kan? Sekarang dah ada replacement bridge dan dibuka pada :
October 14, 1950 (westbound)
July 15, 2007 (eastbound)
http://en.wikipedia.org/wiki/Tacoma_Narrows_Bridge
http://en.wikipedia.org/wiki/Tacoma_Narrows_Bridge_(1940)
http://en.wikipedia.org/wiki/Penang_Bridge
Nota kaki : Alhamdulillah, lepas untuk 1st phase Air Traffic Controller Selection. Tengah tunggu next test phase.
Gambar Penghilang Stress
Assalamualaikum….. Salam Sejahtera….
Selalunya kalau nak post entry, aku suka post malam @ pagi2 after subuh…. best online time tu….trafik x banyak…..dh la sakit hati dengan P1 WiMAX ni… line x stable la lately…. asyik DNS failed je….. hehehe.
Dah lama nak cari gambar yang macam ni tapi tak jumpa… Sbb waktu Diploma dulu, housemate rumah sewa, ada simpan gambar ni dalam desktop die… tapi tah kemana tah… try cari balik… tapi x jumpa… try query kat pakcik google pun x jumpa…. mungkin org tak publish kot hasil kerja editing diorang…. tapi just jumpa 2 gambar je… tengok la…..
Dapat Perasan x ape yang pelik dalam gambar ni ?
Ya, muka semua sama… cloning ni mmg agak susah nak buat… tapi hasilnya.. mmg lawak sangat….lagi2 2nd picture tu… tak bole tgk langsung… kalau tengok rase nk gelak… even dh banyak kali tengok… adoi…muka jantan.. tapi pkai tudung…hahaha
Ada sape2 jumpa gambar yang macam ni lagi x? kalau ada bagi link kat comment form.
Disclaimer / Penafian : Gambar – gambar ni bukan artwork Hafiz, just cedok dari facebook dan google. Hafiz just share.. segala hakcipta dan pemilikan adalah milik pemilik asal gambar.
It’s my 23rd Birthday!
Assalamualaikum dan Salam Sejahtera,
Sedar x sedar dah 28th May dah…. Jam 02:36, 28 May 2012, secara official, aku genaplah umur aku 23 tahun…. Aku dilahirkan di Hospital Besar Ipoh. Tapi sekarang dah tukar nama, kepada Hospital Raja Permaisuri Bainun.
Zaman ni x de MyKid, pkai Surat Beranak, Surat Beranak pun lama…
Pagi pagi dah bangun, tengok notification facebook kat BlackBerry, mak aih, byk nya…. thanks siapa yang wish kat aku…. Appreciate sgt…. Meh la letak skit sape yang wish kat facebook…. letak screen shot dari PC… kalau dr BlackBerry kecik sgt….
Twitter pun ada
Thanks those yang wish….. and also my family members yang wish and bagi gift…. hehehe……
Regarding Software Windows Live Writer, thanks so much siapa yang try, so mcm mana experience guna software tu so far? OK? Nak dengar gak komen korang, komen la experience korang gne Windows Live Writer tu…. lg satu thanks kat kak Dieyna, siap tulis 1 entry dedicated untuk Hafiz lg… hehehe….
Nota kaki : For those yang gne windows Live Writer tu, ada update version 2011, yang aku review dlu version 2009. byk value added kat version baru, Interface pun mudah paham. Siapa yang nak download version baru ni link dia.
http://www.microsoft.com/en-us/download/details.aspx?id=29225
Ni perbezaan interface lama dan baru
Menulis blog secara offline dengan Windows Live Writer
Assalamualaikum, Salam Sejahtera.
Lama tak update blog, bila check balik, my last post published on 17 May… sekarang dah 24 May…. about a week gak x update…. sibuk dengan peperiksaan SPA. Tapi sekarang dh x sibuk dh… just tunggu result on 28 June…. kalau lepas, pergi competency test, kalau lepas competency test, pergi Interview with DCA and SPA, after that, go for Class 3 Medical Exam and masuk pre service about 1 1/2 years. Then mulalah career sebagai penolong pegawai kawalan trafik udara that responsible for aerodrome and approaches control.
Topic kali ni mudah je menulis blog secara offline dengan Windows Live Writer. Pernah dengar tak Windows LIve Writer? Rata-rata blogger, kalau nak post entry, dia akan online dulu, lepas tu baru login blogger and then tulis entry secara direct pada website dan online… tetapi sekarang tak perlu dah… kalau internet tak ada pun, secara offline pun still bole tulis blog, tak perlu menaip pada Microsoft Word ke, hape ke…. pastu kalau dah ada internet, just terus publishkan je… tarikh and masa publish pun boleh setkan….
Dengan Windows Live writer, kita boleh preview, how it look on the browser. dan nk letak gambar pun jadi mudah…. Nak edit source code pun senang…
Antaramuka Windows Live Writer, Entry ini dipublish menggunakan Windows Live Writer dan OS Wondows 8
Secara amnya, di bahagian atas, terdapat control and formatting toolbars, bahagian kanan antaramuka pula disediakan elemen-elemen blog untuk dimasukkan kedalam entry, contohnya picture, video, hyperlink and so on. Bahagian bawah ada terdapat mode paparan. Terdapat tiga jenis mode paparan/suntigan. 3 mode itu ialah Edit iaitu paparan untuk menulis entry, Preview, untuk pra-tonton entry apabila di publish dan Source untuk editing HTML source code, untuk sesiapa yang minat nak edit source code.
Bahagian bawah tab paparan pula ada ruangan untuk meletakkan lebel pada entry. Tak perlu ingat label, just click dan label akan trace dari server blogger. Kalau ada bual apa-apa perubahan pada template blog, Cuma click View –> refresh theme…. template baru akan dimuat turun dan dipaparkan…
Mudah bukan.? Highly Recommended to all blogger out there… sangat mudah… nak letak print screen pun senang….
OK la sampai tu dulu, mungkin lepas ni nak post berkaitan consipacy theory yang orang terlalu obvious sgt…
Tips berfacebook
Game untuk nenek-nenek
Game untuk nenek-nenek.... hahaha~
sorry aktiviti blogging agak slow, busy sbb nak pergi test ni..... so just short post….
Bila lensa diserang fungus dan habuk....
- Simpan semua peralatan fotografi termasuklah lensa dan 'body' kamera dalam drybox. Contoh drybox adalah seperti ni.
- Memandangkan drybox ni mahal.... paling murah boleh dapat kat shashinki pun around RM300 keatas, jadi ada alternatif lain ialah, simpan bersama silika gel. Tahu x silika gel? Ala, kalau korang beli kasut, ada paket kecik dia tulis 'Silica Gel, Do not eat'. Itu adalah silica gel. Tapi kecik... Dari tak ada, baik korang letak aje.... Aku guna drybox, tapi dalam beg DSLR aku stand-by Silica Gel, banyak jugak la, n berat sikit.... pkai apa lg 1 tu, 'badak dahaga' thirsty hippo pun bole... tapi aku x galakkan sebab dia x tahan lama n akan bertakung air (BAHAYA pada kamera) pastu x bole nk recharge balik. Pkai buang.
- Bila lens korang ada habuk, jangan main hembus pkai mulut je, sebab dalam nafas kita ada wap air ( H2O ), dan menyebabkan lensa korang lembap dan menggalakkan pertumbuhan/pembiakan fungus. Gunakan Blower.
- Kalau kamera atau lensa korang terkena air, *aku pernah kena, waktu shoot gambar kat tasik Universiti Teknologi Petronas (UTP), dengan pantasnya, korang lap dengan kain yang bersih dan KERING... lagi sekali KERING. Gunakan kain Micro Fibre (kain yang dapat waktu beli cermin mata). Jangan main lap pkai kain baju je.... kalau lap pkai kain baju pada bahagian depan lensa, ini akan merosakkan 'coating' lensa.
- Kalau korang keluar dari tempat sejuk ke tempat yang bersuhu lebih tinggi, macam keluar dari bilik berhawa dingin, JANGAN keluarkan kamera/lensa korang terus dari beg. Biarkan dalam 5 minit supaya kamera boleh adapt suhu persekitaran. Kalau x, biasa tengok gelas letak ais x? lensa korang akan jadi macam tu.... akan terkondensasi dan membentuk lapisan wap air pada bahagian dalam lensa....
- Simpan dalam drybox atau tempat yang bertutup.
- Waktu snap gambar, elakkan memusingkan lensa secara agresif, takut habuk tersedut masuk kedalam lensa waktu kita pusingkan lensa tu.
- Tukar lensa dengan tips ni, 'make it quick as possible' , tukar lensa dengan cepat dan dalam keadaan yang bebas habuk.
Nak Post Entry lah......
tgg ek malam ni.........
Hari yang sibuk......
Lama x update blog, sibuk la.... banyak benda nak buat...Comment last post pun x reply lagi, sori ek.... tapi after publish post ni, aku reply ek....
Hari ni 1 Mei 2012 kan... Hari Pekerja la kan... so, selamat hari pekerja kepada semua pekerja kat luar sana.... enjoy your public holiday okay... Eh, cakap pasal pekerja ni, aku rasa seronok pulak bila semalam PM umumkan pelaksanaan gaji minimum untuk sektor swasta. Rasa macam ok sikit.
Tuan/Puan,
PEPERIKSAAN MEMASUKI SKIM PERKHIDMATAN PENOLONG PEGAWAI KAWALAN TRAFIK UDARA GRED A29
Dengan hormatnya tuan/puan dijemput menghadiri Peperiksaan Memasuki Skim Perkhidmatan Penolong Pegawai Kawalan Trafik Udara Gred A29.
General knowledge n aviation knowledge mcm Airbus and Boeing Industries....
Logical Math solving Skills
Kemahiran Memindah maklumat dan kefahaman maklumat
Ni biasa la, attitude test, nk tahu personality.
Miniature Faking/Tilt Shift Photography Tutorial
Step 4: Lukiskan 1 garisan panjang kebawah
Seterusnya, lukiskan garisan panjang kebawah. Bermula dari tempat yang hendak di fokus, kepada tempat yang akan out of focus.... Kalau tengok betuk2, aku ada lukis garisan dalam gambar bawah ni....
Dan seterusnya akan menghasilkan gradient yang berwarna merah pada gambar tu....
Setelah berpuas hati, click OK. Tekan CTRL+D untuk hilangkan 'marching ants'/semut yang berkawad kat sekeliling tu.....
Jika sudah puas hati, click OK.
Jika sudah puas hati, click OK.
Dan dah siap... boleh la Save As.....
Hasilnya