Nuffnang Ads

Merarik di Apesal.com

Showing posts with label Miscellaneous. Show all posts
Showing posts with label Miscellaneous. Show all posts

Kucing IBM

Assalamualaikum,

At last dapat jugak hapdate. Just simple posting je la ek? hahaha~ berkenaan kucing. First of all tengok gambar ni dulu.

kucing IBM

Eh, comel pulak kucing ni siap ada tag/pass lagi. Macam mana boleh jadi mcm ni? Ni cerita dia….

Mulanya, kucing ni hanyalah kucing biasa yang biasa je… duk dekat bangunan pejabat IBM. IBM tu apa? IBM tu company IT yang buat IT equipment mcm server dll mcm HP. Tapi satu hari, pihak IBM tu rasa yang kucing adalah part of IBM, jadi dia diberikan pass/ID tag untuk dia akses pintu-pintu yang ada dekat pejabat IBM. Mungkin pintu cafe salah satu…hehehe… sekarang kucing ni dijaga oleh pekerja dan duduk kat cafe… Aset IBM tu….

Gambar Penghilang Stress

Assalamualaikum….. Salam Sejahtera….

Selalunya kalau nak post entry, aku suka post malam @ pagi2 after subuh…. best online time tu….trafik x banyak…..dh la sakit hati dengan P1 WiMAX ni… line x stable la lately…. asyik DNS failed je….. Steaming mad hehehe.

Dah lama nak cari gambar yang macam ni tapi tak jumpa… Sbb waktu Diploma dulu, housemate rumah sewa, ada simpan gambar ni dalam desktop die… tapi tah kemana tah… try cari balik… tapi x jumpa… try query kat pakcik google pun x jumpa…. mungkin org tak publish kot hasil kerja editing diorang…. tapi just jumpa 2 gambar je… tengok la…..

252773_223056487706296_172451446100134_912536_4365150_n

430365_359606424068109_224682377560515_1367407_2036997606_n

Dapat Perasan x ape yang pelik dalam gambar ni ? Nerd smile

Ya, muka semua sama… cloning ni mmg agak susah nak buat… tapi hasilnya.. mmg lawak sangat….lagi2 2nd picture tu… tak bole tgk langsung… kalau tengok rase nk gelak… even dh banyak kali tengok… adoi…muka jantan.. tapi pkai tudung…hahaha Open-mouthed smile

Ada sape2 jumpa gambar yang macam ni lagi x? kalau ada bagi link kat comment form.

Disclaimer / Penafian : Gambar – gambar ni bukan artwork Hafiz, just cedok dari facebook dan google. Hafiz just share.. segala hakcipta dan pemilikan adalah milik pemilik asal gambar.

It’s my 23rd Birthday!

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera,

Sedar x sedar dah 28th May dah…. Jam 02:36, 28 May 2012, secara official, aku genaplah umur aku 23 tahun…. Aku dilahirkan di Hospital Besar Ipoh. Tapi sekarang dah tukar nama, kepada Hospital Raja Permaisuri Bainun.

SONY DSC

Zaman ni x de MyKid, pkai Surat Beranak, Surat Beranak pun lama…

Pagi pagi dah bangun, tengok notification facebook kat BlackBerry, mak aih, byk nya…. thanks siapa yang wish kat aku…. Appreciate sgt…. Meh la letak skit sape yang wish kat facebook…. letak screen shot dari PC… kalau dr BlackBerry kecik sgt….

image

image

image

image

image

image

image

image

image

image

image

image

image

image

image

Twitter pun ada

image

Thanks those yang wish….. and also my family members yang wish and bagi gift…. hehehe……

Regarding Software Windows Live Writer, thanks so much siapa yang try, so mcm mana experience guna software tu so far? OK? Nak dengar gak komen korang, komen la experience korang gne Windows Live Writer tu…. lg satu thanks kat kak Dieyna, siap tulis 1 entry dedicated untuk Hafiz lg… hehehe….

Nota kaki : For those yang gne windows Live Writer tu, ada update version 2011, yang aku review dlu version 2009. byk value added kat version baru, Interface pun mudah paham. Siapa yang nak download version baru ni link dia.

http://www.microsoft.com/en-us/download/details.aspx?id=29225

Ni perbezaan interface lama dan baru

imageimage

Game untuk nenek-nenek

Post kali ni simple and sekeping gambar je......

Game untuk nenek-nenek.... hahaha~


sorry aktiviti blogging agak slow, busy sbb nak pergi test ni..... so just short post….

Nak Post Entry lah......

Rasanya mcm nk post entry la..... berkaitan fotografi..... malam ni la... free skit.... traffic pun x byk......


tgg ek malam ni.........

HAPPY 2011

Selamat Menyambut Tahun Baru 2011
Happy 2011

KRONOLOGI PERISTIWA DUNIA 2010 ( dari Utusan )


TAHUN 2010 bakal melabuhkan tirainya beberapa hari saja lagi. Kejadian suka-duka sepanjang tahun ini mendapat tempat utama di akhbar-akhbar seluruh dunia sebagai catatan sejarah yang tidak mungkin dilupakan.

Kemelut kegawatan ekonomi masih menjadi isu utama 2010. Negara yang satu ketika dulu dianggap antara terkaya dan terbaik di dunia kini hampir muflis seperti Greece dan Ireland.

Selain itu rantau Asia dikejutkan dengan adegan perang antara dua negara berjiran Korea Selatan dan Korea Utara selain bencana seperti gempa bumi di Haiti yang kemudiannya melarat kepada wabak taun, serta gempa bumi di China dan Chile. Kejadian pelantar minyak Teluk Mexico meletup sehingga mendatangkan kesan teruk kepada alam sekitar dan haiwan satu lagi episod duka tahun ini.

Isu kemanusiaan menggemparkan dunia apabila flotila bantuan kemanusiaan ke Genting Gaza diserang oleh tentera Israel sekaligus mendedahkan sikap talam dua muka rejim Zionis itu.

Berikut adalah beberapa peristiwa besar dunia sepanjang 2010 untuk imbasan sebelum tirai 2010 berlabuh:

JANUARI

Haiti dilanda gempa terburuk dalam sejarahnya pada 12 Januari. Gempa bumi sekuat 7 skala Richter melanda ibu negara Haiti meranapkan banyak bangunan dan mengorbankan beribu-ribu nyawa.

Gempa pada pukul 4.53 petang (pukul 5.53 pagi waktu Malaysia), berpusat 15 kilometer dari barat Port-au-Prince pada kedalaman lapan kilometer. Pihak berkuasa melaporkan 200,000 orang dianggarkan terkorban dan 1.5 juta lagi hilang tempat tinggal.

FEBRUARI

Gempa bumi terburuk berukuran 8.8 skala Richter melanda Chile pada 27 Februari menyebabkan sekurang-kurangnya 708 terkorban. Gempa terkuat dalam sejarah negara itu turut mencetuskan tsunami yang meredah Lautan Pasifik dan melanda Jepun sehari kemudian.

MAC

Kira-kira 80,000 aktivis 'Baju Merah' yang menyokong bekas Perdana Menteri, Thaksin Shinawatra tiba di Bangkok pada 16 Ma. Mereka mengibarkan bendera merah untuk memberi kata dua kepada kerajaan Thailand yang disokong oleh tentera, sama ada mengadakan pilihan raya atau berdepan dengan demonstrasi yang bakal melumpuhkan ibu negara.

APRIL

Wilayah barat laut China dan Tibet dilanda gempa bumi kuat berukuran 6.9 pada skala Ritcher pada 14 April lalu, mengakibatkan kira-kira 791 orang terbunuh dan lebih 10,000 cedera ekoran rumah, sekolah dan pejabat di kawasan pergunungan runtuh.

Antara kejadian yang menggemparkan Eropah adalah letupan gunung berapi di Iceland

Beratus-ratus penduduk dpindahkan pada pertengahan April selepas berlaku letupan gunung berapi di bawah glasier glasier kelima terbesar, glasier Eyjafjallajokull.

Akibat kejadian itu perjalanan udara di seluruh Eropah lumpuh lebih seminggu ekoran kepulan debu dari gunung berapi Iceland yang menyelubungi ruang udara. Berpuluh-puluh ribu penumpang terkandas di seluruh dunia kerugian yang ditanggung industri penerbangan sehari mencecah lebih AS$200 juta (RM700 juta).

Satu lagi kejadian yang mendapat perhatian dunia adalah letupan di pelantar minyak Teluk Mexico pada 22 April. Pihak Pengawal Pantai Amerika Syarikat (AS) berkata, sebuah pelantar gerudi minyak luar pesisir pantai senget teruk selepas satu letupan besar dalam kejadian di Teluk Mexico.

Letupan itu menyebabkan pencemaran minyak selama beberapa bulan yang juga pencemaran terburuk di AS. Menurut syarikat tenaga ketiga terbesar dunia, BP yang mengendali pelantar minyak itu kos bagi menangani isu tumpahan minyak di Teluk Mexico itu bernilai AS$3.5 bilion (RM11.2 bilion)

Satu lagi kejadian "panas" adalah keputusan Parlimen Belgium meluluskan pengharaman pemakaian purdah di khalayak ramai dan ia adalaj tindakan pertama seumpamanya di Eropah.

Langkah itu dikutuk oleh para pemimpin Islam, seorang biskop Roman Katolik dan pertubuhan hak asasi manusia, Amnesty International.

MEI

Sekurang-kurangnya 19 terkorban dan 30 lagi cedera apabila komando Israel pada 31 Mei menyerang flotila yang membawa beratus-ratus aktivis pro-Palestin dalam misi bantuan kemanusiaan ke Genting Gaza.

Dakwa Israel serangan berpunca daripada tentangan tidak disangka-sangka ketika cuba menaiki kapal tersebut. Kebanyakan mangsa yang maut terdiri daripada rakyat Turki.

JUN

Kongres Filipina pada 9 Jun lepas, secara rasmi mengisytiharkan Benigno 'Noynoy' Aquino III sebagai Presiden ke-15 negara ini, setelah senator pembangkang itu memenangi pilihan raya Presiden Filipina dengan memperolehi kelebihan undi terbesar sejak demokrasi dipulihkan menerusi pemberontakan kuasa rakyat pada 1986. Aquino, 50, anak lelaki tunggal kepada wira demokrasi Filipina yang juga bekas Presiden, Corazon Aquino, memperoleh 15.2 juta undi atau 42 peratus daripada 36.3 juta undi berdasarkan kiraan rasmi Kongres.

Kehilangan besar dirasai oleh penduduk Aceh apabila pemimpin yang bertanggungjawab mengisytiharkan perjuangan Gerakan Aceh Merdeka (GAM), Hasan Tiro meninggal dunia pada 3 Jun lepas. Hasan atau nama penuhnya Tengku Hasan Muhammad di Tiro meninggal dunia pada usia 85 tahun kerana mengalami jangkitan paru-paru.

JULAI

Banjir besar yang melanda Pakistan mengorbankan lebih 2,000 nyawa selain sungai melimpahi tebing, perkampungan ditenggelami air dan tanah runtuh di banyak tempat. Pertambahan jumlah korban akibat hujan monsun itu menunjukkan kelemahan infrastruktur Pakistan di mana petugas penyelamat yang tidak cukup peralatan berhempas pulas untuk sampai ke kawasan pedalaman.

OGOS

Presiden Barack Obama pada 14 Ogos buat pertama kali memberi kenyataan menyokong penuh pembinaan masjid berhampiran tapak Pusat Dagangan Dunia (WTC) yang musnah dalam serangan 11 September 2001. Ujar beliau prinsip penubuhan negara menuntut perkara sama untuk semua orang.

SEPTEMBER

Sekumpulan pelajar yang mendakwa mewakili Gerakan Mahasiswa Hukum Jakarta (Gerakan Mahasiswa Undang-undang Jakarta) bertindak mengotorkan bendera Malaysia dengan telur sebelum membakar dan melontarkan Jalur Gemilang ke dalam kawasan Kedutaan Besar Malaysia dalam demonstrasi membantah insiden di sempadan perairan Malaysia-Indonesia dekat Kepulauan Riau

Gereja Dove World Outreach Center yang berpangkalan di Gainesville, Florida mengumumkan rancangan untuk membakar naskhah-naskhah al-Quran di perkarangan gereja bagi memperingati ulang tahun kesembilan serangan 11 September, tetapi tidak mendapat permit daripada pihak berkuasa.

Senat Perancis pada 15 September mengikut jejak Belgium meluluskan rang undang-undang mengharamkan pemakaian burqa dan niqab di tempat awam tindakan yang dilihat simbol melindungi nilai-nilai Perancis.

OKTOBER

Setelah lebih dua bulan kesemua 33 pelombong yang terperangkap 700 meter di bawah tanah di sebuah lombong di Chile pada 14 Oktober, berjaya dibawa keluar apabila sebuah operasi rumit penuh risiko dijalankan selepas lombong di gurun Atacama, utara Chile runtuh pada 5 Ogos lalu.

Sekurang-kurangnya 435 terbunuh, manakala kira-kira 110 lagi, kebanyakannya wanita dan kanak-kanak akibat gempa bumi berukuran 7.5 pada skala Richter di 20 kilometer di bawah dasar laut, 78 kilometer ke barat Pagai Selatan di kepulauan Mentawai dan kemudian mencetuskan ombak tsunami setinggi tiga meter.

NOVEMBER

Gunung berapi paling aktif di Indonesia, Merapi menyebabkan 240 nyawa terkorban sejak mula meletus pada bulan lepas. Hampir 400,000 penduduk mencari perlindungan di kem-kem penempatan sementara.

Kebanyakan mangsa maut akibat terkena aliran deras gas dan batu panas yang membakar kampung-kampung apabila Merapi meletus pada 5 November dalam letusan terbesarnya sejak lebih seabad lalu.

Berita paling gembira bagi rakyat Myanmar pastinya pembebasan pejuang demokrasi negara itu, Aung San Suu Kyi pada 13 November. Lebih 1,000 orang menunggu dalam panas terik dekat kediaman Suu Kyi yang usang dan mula bergerak ke situ ketika pihak berkuasa menanggalkan pos kawalan.

Dunia dikejutkan dengan tindakan Korea Utara melancarkan serangan terhadap Pulau Yeonpyeong milik Korea Selatan pada 23 November. Pulau tersebut yang menempatkan kira-kira 1,000 tentera Korea Selatan menjadi pertikaian kedua-dua negara sejak sekian lama selain menyebabkan dua anggota marin Korea Selatan serta dua penduduk awam maut, sementara 15 anggota marin lagi dan tiga penduduk awam cedera.

DISEMBER

Sensasi terhebat pada 2010 pastinya keberanian laman web WikiLeaks mendedahkan lebih 250,000 dokumen diplomatik Amerika Syarikat (AS). Pendedahan itu ternyata membimbangkan AS yang memberi amaran ia akan mengancam nyawa mereka yang tidak bersalah serta memburukkan hubungannya dengan negara sekutu lain.

Namun harga mahal perlu dibayar pengasasnya, Julian Assange yang ditahan polis Britain selepas dia menyerah diri di sebuah balai polis di tengah London ekoran tindakan Sweden mengeluarkan waran tangkap ke atasnya atas dakwaan jenayah seks termasuk rogol. Assange menafikan semua tuduhan itu dan dibebaskan beberapa hari kemudian dengan ikat jamin.

- UTUSAN

FAKTA PELIK DAN MENARIK ( dipetik dari http://www.dysan.net/weird/show/646.html )

12 Fakta Menarik untuk dikongsi....


1. Jika anda menjerit selama 8 tahun, 7 bulan dan 6 hari, anda akan menghasilkan cukup tenaga suara untuk memanaskan secangkir kopi.


2. Jika anda kentut secara konsisten selama 6 tahun dan 9 bulan, menghasilkan gas yang cukup untuk mencipta tenaga dari sebuah bom atom.


3. Ketuk kepala anda ke dinding menggunakan 150 kalori per jam.


4. Otot terkuat di tubuh adalah lidah.


5. tangan kanan orang hidup, rata-rata, sembilan tahun lebih lama daripada orang kidal lakukan.


6. Semut boleh mengangkat 50 kali beratnya sendiri, dapat menarik 30 kali beratnya sendiri dan selalu jatuh di atas pada sebelah kanan ketika mabuk.


7. beruang kutub KIDAL.


8. ikan keli ini mempunyai lebih dari 27.000 selera.


9. Kutu boleh melompat 350 kali panjang tubuhnya.


10. Lipas akan hidup sembilan hari tanpa kepala itu, sebelum kelaparan sampai mati.


11. Mata burung unta adalah lebih besar daripada otaknya.


12. Tapak Sulaiman tidak mempunyai otak.


WELCOME......

Hey there,
feel free to share some photography tips here,
and this blog not stick with photography only.....its open.........