Nuffnang Ads

Merarik di Apesal.com

Gambar Penghilang Stress

Assalamualaikum….. Salam Sejahtera….

Selalunya kalau nak post entry, aku suka post malam @ pagi2 after subuh…. best online time tu….trafik x banyak…..dh la sakit hati dengan P1 WiMAX ni… line x stable la lately…. asyik DNS failed je….. Steaming mad hehehe.

Dah lama nak cari gambar yang macam ni tapi tak jumpa… Sbb waktu Diploma dulu, housemate rumah sewa, ada simpan gambar ni dalam desktop die… tapi tah kemana tah… try cari balik… tapi x jumpa… try query kat pakcik google pun x jumpa…. mungkin org tak publish kot hasil kerja editing diorang…. tapi just jumpa 2 gambar je… tengok la…..

252773_223056487706296_172451446100134_912536_4365150_n

430365_359606424068109_224682377560515_1367407_2036997606_n

Dapat Perasan x ape yang pelik dalam gambar ni ? Nerd smile

Ya, muka semua sama… cloning ni mmg agak susah nak buat… tapi hasilnya.. mmg lawak sangat….lagi2 2nd picture tu… tak bole tgk langsung… kalau tengok rase nk gelak… even dh banyak kali tengok… adoi…muka jantan.. tapi pkai tudung…hahaha Open-mouthed smile

Ada sape2 jumpa gambar yang macam ni lagi x? kalau ada bagi link kat comment form.

Disclaimer / Penafian : Gambar – gambar ni bukan artwork Hafiz, just cedok dari facebook dan google. Hafiz just share.. segala hakcipta dan pemilikan adalah milik pemilik asal gambar.

Wordless Wednesday : 80’s and 90’s Still Remember?

392483_429397790418582_1600335971_n

Do comment below….

It’s my 23rd Birthday!

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera,

Sedar x sedar dah 28th May dah…. Jam 02:36, 28 May 2012, secara official, aku genaplah umur aku 23 tahun…. Aku dilahirkan di Hospital Besar Ipoh. Tapi sekarang dah tukar nama, kepada Hospital Raja Permaisuri Bainun.

SONY DSC

Zaman ni x de MyKid, pkai Surat Beranak, Surat Beranak pun lama…

Pagi pagi dah bangun, tengok notification facebook kat BlackBerry, mak aih, byk nya…. thanks siapa yang wish kat aku…. Appreciate sgt…. Meh la letak skit sape yang wish kat facebook…. letak screen shot dari PC… kalau dr BlackBerry kecik sgt….

image

image

image

image

image

image

image

image

image

image

image

image

image

image

image

Twitter pun ada

image

Thanks those yang wish….. and also my family members yang wish and bagi gift…. hehehe……

Regarding Software Windows Live Writer, thanks so much siapa yang try, so mcm mana experience guna software tu so far? OK? Nak dengar gak komen korang, komen la experience korang gne Windows Live Writer tu…. lg satu thanks kat kak Dieyna, siap tulis 1 entry dedicated untuk Hafiz lg… hehehe….

Nota kaki : For those yang gne windows Live Writer tu, ada update version 2011, yang aku review dlu version 2009. byk value added kat version baru, Interface pun mudah paham. Siapa yang nak download version baru ni link dia.

http://www.microsoft.com/en-us/download/details.aspx?id=29225

Ni perbezaan interface lama dan baru

imageimage

Menulis blog secara offline dengan Windows Live Writer

Assalamualaikum, Salam Sejahtera.

Lama tak update blog, bila check balik, my last post published on 17 May… sekarang dah 24 May…. about a week gak x update…. sibuk dengan peperiksaan SPA. Tapi sekarang dh x sibuk dh… just tunggu result on 28 June…. kalau lepas, pergi competency test, kalau lepas competency test, pergi Interview with DCA and SPA, after that, go for Class 3 Medical Exam and masuk pre service about 1 1/2 years. Then mulalah career sebagai penolong pegawai kawalan trafik udara that responsible for aerodrome and approaches control.

Topic kali ni mudah je menulis blog secara offline dengan Windows Live Writer. Pernah dengar tak Windows LIve Writer? Rata-rata blogger, kalau nak post entry, dia akan online dulu, lepas tu baru login blogger and then tulis entry secara direct pada website dan online… tetapi sekarang tak perlu dah… kalau internet tak ada pun, secara offline pun still bole tulis blog, tak perlu menaip pada Microsoft Word ke, hape ke…. pastu kalau dah ada internet, just terus publishkan je… tarikh and masa publish pun boleh setkan….

Dengan Windows Live writer, kita boleh preview, how it look on the browser. dan nk letak gambar pun jadi mudah…. Nak edit source code pun senang…

image Antaramuka Windows Live Writer, Entry ini dipublish menggunakan Windows Live Writer dan OS Wondows 8

Secara amnya, di bahagian atas, terdapat control and formatting toolbars, bahagian kanan antaramuka pula disediakan elemen-elemen blog untuk dimasukkan kedalam entry, contohnya picture, video, hyperlink and so on. Bahagian bawah ada terdapat mode paparan. Terdapat tiga jenis mode paparan/suntigan. 3 mode itu ialah Edit iaitu paparan untuk menulis entry, Preview, untuk pra-tonton entry apabila di publish dan Source untuk editing HTML source code, untuk sesiapa yang minat nak edit source code.

Bahagian bawah tab paparan pula ada ruangan untuk meletakkan lebel pada entry. Tak perlu ingat label, just click dan label akan trace dari server blogger. Kalau ada bual apa-apa perubahan pada template blog, Cuma click View –> refresh theme…. template baru akan dimuat turun dan dipaparkan…

Mudah bukan.? Highly Recommended to all blogger out there… sangat mudah… nak letak print screen pun senang….

OK la sampai tu dulu, mungkin lepas ni nak post berkaitan consipacy theory yang orang terlalu obvious sgt…

Tips berfacebook

Assalamualaikum,

Sepertimana yang kita tahu, facebook telah menjadi medium komunikasi yang popular sekarang. Agak janggal kalau seseorang tu x de akaun facebook.

Disini saya sertakan tips berfacebook / Facebook Tips


Jadi, macam mana? Setuju atau x? Komen kat bawah ni, no tips mana yang korang setuju....

*1 more day to go the test... what test? here, so tengah prepare and busy... tu post pendek je...
*nk tengok game untuk nenek - nenek? sini

Game untuk nenek-nenek

Post kali ni simple and sekeping gambar je......

Game untuk nenek-nenek.... hahaha~


sorry aktiviti blogging agak slow, busy sbb nak pergi test ni..... so just short post….

Bila lensa diserang fungus dan habuk....

Assalamualaikum,

Seperti yang saya janjikan, nak tulis post berkenaan fotografi, OK here it comes........

Fungus atau kulat adalah perkara yang sinonim dengan pengguna DSLR/SLR. Fungus ini adalah  kulat yang membiak didalam lensa.... Fungus ini, sepertimana yang kita ketahui, menyukai tempat-tempat yang gelap dan lembap. Disebabkan dalam lensa adalah gelap dan agak lembap, ini menjadikan lensa adalah tempat yang ideal untuk fungus membiak, tak kiralah lensa DSLR/SLR ke, lensa kamera kompak/point and shoot ke, lensa video camera ke... even lomo camera pun sama.... tinggal lensa-lensa selain DSLR/SLR ni tak berisiko tinggi kerana lensanya tiada pengaliran udara secara terus kerana zoom-in dan out tidak dilakukan secara terus pada lensa.....

Dibawah ini adalah contoh-contoh lensa yang dijangkiti dengan fungus.
sumber gambar : google image


boleh nampak x fungus yang macam akar tu?


boleh nampak x fungus yang macam akar tu? yang ni lagi teruk


yang ni fungus dia yang bertompok-tompok tu.....

 

yang ni fungus dia mcm akar tapi start kat tengah...

MACAM MANA NAK ELAKKAN?

OK. Memandangkan kos untuk mencuci lensa ni agak tinggi, arounnd RM 150-300. Jadi eloklah kita elakkan dari berlaku. Beli lensa mahal-mahal 3-4 ribu tapi tak jaga tak guna juga kan? OK ini adalah langkah2 elakkan dari lensa dijangkiti fungus.
  • Simpan semua peralatan fotografi termasuklah lensa dan 'body' kamera dalam drybox. Contoh drybox adalah seperti ni.

  • Memandangkan drybox ni mahal.... paling murah boleh dapat kat shashinki pun around RM300 keatas, jadi ada alternatif lain ialah, simpan bersama silika gel. Tahu x silika gel? Ala, kalau korang beli kasut, ada paket kecik dia tulis 'Silica Gel, Do not eat'. Itu adalah silica gel. Tapi kecik... Dari tak ada, baik korang letak aje.... Aku guna drybox, tapi dalam beg DSLR aku stand-by Silica Gel, banyak jugak la, n berat sikit.... pkai apa lg 1 tu, 'badak dahaga' thirsty hippo pun bole... tapi aku x galakkan sebab dia x tahan lama n akan bertakung air (BAHAYA pada kamera) pastu x bole nk recharge balik. Pkai buang.


silica gel ni untuk server rack sebenarnya.....

  • Bila lens korang ada habuk, jangan main hembus pkai mulut je, sebab dalam nafas kita ada wap air ( H2O ), dan menyebabkan lensa korang lembap dan menggalakkan pertumbuhan/pembiakan fungus. Gunakan Blower.
  • Kalau kamera atau lensa korang terkena air, *aku pernah kena, waktu shoot gambar kat tasik Universiti Teknologi Petronas (UTP), dengan pantasnya, korang lap dengan kain yang bersih dan KERING... lagi sekali KERING. Gunakan kain Micro Fibre (kain yang dapat waktu beli cermin mata). Jangan main lap pkai kain baju je.... kalau lap pkai kain baju pada bahagian depan lensa, ini akan merosakkan 'coating' lensa.
  • Kalau korang keluar dari tempat sejuk ke tempat yang bersuhu lebih tinggi, macam keluar dari bilik berhawa dingin, JANGAN keluarkan kamera/lensa korang terus dari beg. Biarkan dalam 5 minit supaya kamera boleh adapt suhu persekitaran. Kalau x, biasa tengok gelas letak ais x? lensa korang akan jadi macam tu.... akan terkondensasi dan membentuk lapisan wap air pada bahagian dalam lensa....

Kalau prevention untuk habuk pulak tak banyak :

  • Simpan dalam drybox atau tempat yang bertutup.
  • Waktu snap gambar, elakkan memusingkan lensa secara agresif, takut habuk tersedut masuk kedalam lensa waktu kita pusingkan lensa tu.
  • Tukar lensa dengan tips ni, 'make it quick as possible' , tukar lensa dengan cepat dan dalam keadaan yang bebas habuk.
OK, tu je kot. Kalau ada aku tambah la....

Rujukan Utama Fotografi : tarmizishukri.com

Nak Post Entry lah......

Rasanya mcm nk post entry la..... berkaitan fotografi..... malam ni la... free skit.... traffic pun x byk......


tgg ek malam ni.........

Hari yang sibuk......

Assalamualaikum dan salam sejahtera....
Lama x update blog, sibuk la.... banyak benda nak buat...Comment last post pun x reply lagi, sori ek.... tapi after publish post ni, aku reply ek.... 


Hari ni 1 Mei 2012 kan... Hari Pekerja la kan... so, selamat hari pekerja kepada semua pekerja kat luar sana.... enjoy your public holiday okay... Eh, cakap pasal pekerja ni, aku rasa seronok pulak bila semalam PM umumkan pelaksanaan gaji minimum untuk sektor swasta. Rasa macam ok sikit.

Masih lagi berkenaan pekerjaan, hari tu aku dapat letter dari Suruhanjaya Perkhidmatan Awan (SPA), untuk duduki peperiksaan bagi Jawatan "Penolong Pegawai Kawalan Trafik Udara".



Tuan/Puan,
PEPERIKSAAN MEMASUKI SKIM PERKHIDMATAN PENOLONG PEGAWAI KAWALAN TRAFIK UDARA GRED A29

Dengan hormatnya tuan/puan dijemput menghadiri Peperiksaan Memasuki Skim Perkhidmatan Penolong Pegawai Kawalan Trafik Udara Gred A29.

Kawalan? Guard ke? hehehe.... tak la... ni jawatan bagi mengisi position Air Traffic Controller (ATC) Officer tapi bagi gred A29 iaitu responsible for Aerodrome dan Approoach Control bagi semua pesawat/juruterbang dalam ruang udara Malaysia.... bagi Gred A41, responsible for Area Control untuk ruang udara seluruh Malaysia.... 

Peperiksaan ni consist of 4 section:

1. General Knowledge
General knowledge n aviation knowledge mcm Airbus and Boeing Industries.... 
2. Math & Problem Solving
Logical Math solving Skills
3. English Skill
Kemahiran Memindah maklumat dan kefahaman maklumat
4. Personality Test
Ni biasa la, attitude test, nk tahu personality.
Nak Pergi? try la dulu kan? tapi aku ada plan aku sendiri.... tapi aku just try dulu... kalau dapat tu fikir lain.... kalau dapat, bukan terus kerja.... kene training kat Malaysia Aviation Academy (MAVA), KLIA dlu, 2 tahun, then baru dapat lesen.... ATC kne ada Class III Medical Certificate.... renew every 2 years (< 40 years old), and anually (> 40 years old).

Cakap pasal Air Traffic Controller and aviation ni, aku memang suka and collector Siri "Air Crash investigation" ni, dari Season 1 smpai Season 11. Sejak kebelakangan  ni, aku tak berhenti tengok dari Season 1 sampai Season 11. Boleh jadi gila aku hari-hari tengok orang mati. Aku tengok Air Crash Investigation ni sbb aku suka tgk reconstruction dan CGI dia... bole nampak details how the accident and incident tu berlaku.... tapi dalam Season 11 Episode 12, Accident tu melibatkan aircraft McDonnell Douglas MD-87. Tapi narrator/script writer tersilap. Die cakap Boeing MD-87, hahaha.... mungkin sbb sebelum ni McDonnell Douglas ni one entity tapi after 1997 die merge dengan Boeing company.... tapi mcm pelik nak sebut, tapi tak pe la.... dia buat Air Crash Investigation ni dh cukup lawa dh.... CGI and reconstruction bagai.... mmg terbaek.... sekarang tengah tunggu Season 12. Ada crash pasal Singapore Airlines Flight 006. Nak tau klik sini. Roughly die berkaitan aircraft Boeing 747 yang cuba take-off dari closed runway, and langgar construction equipment.... Tapi tertunggu-tunggu bila nk keluar pasal Malaysia Airlines Flight 653. Crash due to hijack...

p/s: Titanic pun aku layan.... sempena 100 tahun... hohoho....

Dh la dulu setakat ni.... nnt klu ada masa aku update lagi....
Jom blogwalking. Blogjogging la... laju sikit hari ni..... boleh masuk blog byak sikit...