Nuffnang Ads

Merarik di Apesal.com

Bila lensa diserang fungus dan habuk....

Assalamualaikum,

Seperti yang saya janjikan, nak tulis post berkenaan fotografi, OK here it comes........

Fungus atau kulat adalah perkara yang sinonim dengan pengguna DSLR/SLR. Fungus ini adalah  kulat yang membiak didalam lensa.... Fungus ini, sepertimana yang kita ketahui, menyukai tempat-tempat yang gelap dan lembap. Disebabkan dalam lensa adalah gelap dan agak lembap, ini menjadikan lensa adalah tempat yang ideal untuk fungus membiak, tak kiralah lensa DSLR/SLR ke, lensa kamera kompak/point and shoot ke, lensa video camera ke... even lomo camera pun sama.... tinggal lensa-lensa selain DSLR/SLR ni tak berisiko tinggi kerana lensanya tiada pengaliran udara secara terus kerana zoom-in dan out tidak dilakukan secara terus pada lensa.....

Dibawah ini adalah contoh-contoh lensa yang dijangkiti dengan fungus.
sumber gambar : google image


boleh nampak x fungus yang macam akar tu?


boleh nampak x fungus yang macam akar tu? yang ni lagi teruk


yang ni fungus dia yang bertompok-tompok tu.....

 

yang ni fungus dia mcm akar tapi start kat tengah...

MACAM MANA NAK ELAKKAN?

OK. Memandangkan kos untuk mencuci lensa ni agak tinggi, arounnd RM 150-300. Jadi eloklah kita elakkan dari berlaku. Beli lensa mahal-mahal 3-4 ribu tapi tak jaga tak guna juga kan? OK ini adalah langkah2 elakkan dari lensa dijangkiti fungus.
  • Simpan semua peralatan fotografi termasuklah lensa dan 'body' kamera dalam drybox. Contoh drybox adalah seperti ni.

  • Memandangkan drybox ni mahal.... paling murah boleh dapat kat shashinki pun around RM300 keatas, jadi ada alternatif lain ialah, simpan bersama silika gel. Tahu x silika gel? Ala, kalau korang beli kasut, ada paket kecik dia tulis 'Silica Gel, Do not eat'. Itu adalah silica gel. Tapi kecik... Dari tak ada, baik korang letak aje.... Aku guna drybox, tapi dalam beg DSLR aku stand-by Silica Gel, banyak jugak la, n berat sikit.... pkai apa lg 1 tu, 'badak dahaga' thirsty hippo pun bole... tapi aku x galakkan sebab dia x tahan lama n akan bertakung air (BAHAYA pada kamera) pastu x bole nk recharge balik. Pkai buang.


silica gel ni untuk server rack sebenarnya.....

  • Bila lens korang ada habuk, jangan main hembus pkai mulut je, sebab dalam nafas kita ada wap air ( H2O ), dan menyebabkan lensa korang lembap dan menggalakkan pertumbuhan/pembiakan fungus. Gunakan Blower.
  • Kalau kamera atau lensa korang terkena air, *aku pernah kena, waktu shoot gambar kat tasik Universiti Teknologi Petronas (UTP), dengan pantasnya, korang lap dengan kain yang bersih dan KERING... lagi sekali KERING. Gunakan kain Micro Fibre (kain yang dapat waktu beli cermin mata). Jangan main lap pkai kain baju je.... kalau lap pkai kain baju pada bahagian depan lensa, ini akan merosakkan 'coating' lensa.
  • Kalau korang keluar dari tempat sejuk ke tempat yang bersuhu lebih tinggi, macam keluar dari bilik berhawa dingin, JANGAN keluarkan kamera/lensa korang terus dari beg. Biarkan dalam 5 minit supaya kamera boleh adapt suhu persekitaran. Kalau x, biasa tengok gelas letak ais x? lensa korang akan jadi macam tu.... akan terkondensasi dan membentuk lapisan wap air pada bahagian dalam lensa....

Kalau prevention untuk habuk pulak tak banyak :

  • Simpan dalam drybox atau tempat yang bertutup.
  • Waktu snap gambar, elakkan memusingkan lensa secara agresif, takut habuk tersedut masuk kedalam lensa waktu kita pusingkan lensa tu.
  • Tukar lensa dengan tips ni, 'make it quick as possible' , tukar lensa dengan cepat dan dalam keadaan yang bebas habuk.
OK, tu je kot. Kalau ada aku tambah la....

Rujukan Utama Fotografi : tarmizishukri.com

Nak Post Entry lah......

Rasanya mcm nk post entry la..... berkaitan fotografi..... malam ni la... free skit.... traffic pun x byk......


tgg ek malam ni.........

Hari yang sibuk......

Assalamualaikum dan salam sejahtera....
Lama x update blog, sibuk la.... banyak benda nak buat...Comment last post pun x reply lagi, sori ek.... tapi after publish post ni, aku reply ek.... 


Hari ni 1 Mei 2012 kan... Hari Pekerja la kan... so, selamat hari pekerja kepada semua pekerja kat luar sana.... enjoy your public holiday okay... Eh, cakap pasal pekerja ni, aku rasa seronok pulak bila semalam PM umumkan pelaksanaan gaji minimum untuk sektor swasta. Rasa macam ok sikit.

Masih lagi berkenaan pekerjaan, hari tu aku dapat letter dari Suruhanjaya Perkhidmatan Awan (SPA), untuk duduki peperiksaan bagi Jawatan "Penolong Pegawai Kawalan Trafik Udara".



Tuan/Puan,
PEPERIKSAAN MEMASUKI SKIM PERKHIDMATAN PENOLONG PEGAWAI KAWALAN TRAFIK UDARA GRED A29

Dengan hormatnya tuan/puan dijemput menghadiri Peperiksaan Memasuki Skim Perkhidmatan Penolong Pegawai Kawalan Trafik Udara Gred A29.

Kawalan? Guard ke? hehehe.... tak la... ni jawatan bagi mengisi position Air Traffic Controller (ATC) Officer tapi bagi gred A29 iaitu responsible for Aerodrome dan Approoach Control bagi semua pesawat/juruterbang dalam ruang udara Malaysia.... bagi Gred A41, responsible for Area Control untuk ruang udara seluruh Malaysia.... 

Peperiksaan ni consist of 4 section:

1. General Knowledge
General knowledge n aviation knowledge mcm Airbus and Boeing Industries.... 
2. Math & Problem Solving
Logical Math solving Skills
3. English Skill
Kemahiran Memindah maklumat dan kefahaman maklumat
4. Personality Test
Ni biasa la, attitude test, nk tahu personality.
Nak Pergi? try la dulu kan? tapi aku ada plan aku sendiri.... tapi aku just try dulu... kalau dapat tu fikir lain.... kalau dapat, bukan terus kerja.... kene training kat Malaysia Aviation Academy (MAVA), KLIA dlu, 2 tahun, then baru dapat lesen.... ATC kne ada Class III Medical Certificate.... renew every 2 years (< 40 years old), and anually (> 40 years old).

Cakap pasal Air Traffic Controller and aviation ni, aku memang suka and collector Siri "Air Crash investigation" ni, dari Season 1 smpai Season 11. Sejak kebelakangan  ni, aku tak berhenti tengok dari Season 1 sampai Season 11. Boleh jadi gila aku hari-hari tengok orang mati. Aku tengok Air Crash Investigation ni sbb aku suka tgk reconstruction dan CGI dia... bole nampak details how the accident and incident tu berlaku.... tapi dalam Season 11 Episode 12, Accident tu melibatkan aircraft McDonnell Douglas MD-87. Tapi narrator/script writer tersilap. Die cakap Boeing MD-87, hahaha.... mungkin sbb sebelum ni McDonnell Douglas ni one entity tapi after 1997 die merge dengan Boeing company.... tapi mcm pelik nak sebut, tapi tak pe la.... dia buat Air Crash Investigation ni dh cukup lawa dh.... CGI and reconstruction bagai.... mmg terbaek.... sekarang tengah tunggu Season 12. Ada crash pasal Singapore Airlines Flight 006. Nak tau klik sini. Roughly die berkaitan aircraft Boeing 747 yang cuba take-off dari closed runway, and langgar construction equipment.... Tapi tertunggu-tunggu bila nk keluar pasal Malaysia Airlines Flight 653. Crash due to hijack...

p/s: Titanic pun aku layan.... sempena 100 tahun... hohoho....

Dh la dulu setakat ni.... nnt klu ada masa aku update lagi....
Jom blogwalking. Blogjogging la... laju sikit hari ni..... boleh masuk blog byak sikit...