Nuffnang Ads

Merarik di Apesal.com

ENERGY SAVING BLOG....SEJAUH MANA KEFAHAMAN DAN PENGETAHUAN ANDA?

Salam sejahtera dan salam 1 Malaysia kepada semua pembaca,

Jika anda perasan blog saya telah saya upgrade dengan annotation iaitu "Energy Saving Mode". "Energy Saving Mode" plug-in ini adalah daripada website online leaf.

Kenapa saya letak plug-in "Energy Saving Mode" ini?
OK basically, computer-computer sekarang dah dilengkapkan dengan energy efficiency level yang dilabelkan dari gred I hingga V. Jadi kalau nak check whether computer you guys efficiency level berapa boleh checkout this logo.


Untuk efficiency level boleh check kat power adapter bagi notebook. Levelnya ditulis dalam Bulatan.

OK, berbalik kepada topic tadi, kenapa blog juga dilengkapi dengan energy saving mode.
OK, jumlah power consumption untuk sesebuah komputer adalah berbeza mengikut spesifikasi tetapan sesuatu komputer. Sebagai contoh, jika komputer itu menggunakan Memory (RAM) 4Gb, maka penggunaan kuasanya adalah lebih daripada pengguna komputer yang menggunakan Memory (RAM) 3,2,1Gb. Bukan itu sahaja, Jumlah penggunaan kuasa komputer juga dipengaruhi dengan keadaan sesuatu komputer. Seperti, kecerahan paparan (monitor), Penggunaan processor, Hard Disk Drive, dan juga peranti-peranti yang lain.


Misalnya, sesuatu server akan menggunakan jumlah kuasa yang sangat banyak apabila berada dalam keadaan waktu puncak. Kerana semua client (pengguna) akan mengambil data atau sumber dari satu sumber yang sama. Sebab itu, Server sekarang dilengkapi dengan RAID controller @ RAID card. Untuk RAID ini saya akan buat pada next post. Jumlah kuasa penggunaan kuasa juga akan bertambah apabila unit pemprosesan (Processor) pada peratusan yang tinggi. Ini disebabkan anda menggunakan lebih dari satu aplikasi pada suatu masa (multitasking). Apabila anda membuka aplikasi, ini akan membebankan processor anda dan akan menjadikan processor panas. Maka kipas akan di programkan untuk berputar pada kelajuan yang lebih laju atau tidak mustahil pada kelajuan maksimum!.

OK, paparan komputer juga memainkan peranan dalam penggunaan kuasa sesuatu komputer. Penggunaan kuasa pada paparan komputer adalah dipengaruhi oleh kecerahan skrin (brighness), warna pada skrin, dan pergerakan pada skrin.

OK, kita pergi satu persatu.

KECERAHAN SKRIN
Mengapa kecarahan skrin komputer memainkan peranan dalam penggunaan kuasa sesuatu komputer. Ini kerana jika paparan komputer di tetapkan pada kecerahan maksimum maka lebih tenaga yang diperlukan untuk mencerahkan LCD anda, maka secara tidak langsung penggunaan kuasa juga meningkat.

WARNA PADA SKRIN
Warna pada skrin? Tak kan tu pun boleh effect penggunaan kuasa komputer aku! Tipulah.....
OK, pause it right that....tak kan? tipulah?....
Sebenarnya, ramai yang tak perasan bahawa penggunaan warna pada sesuatu paparan juga memberi impak kepada penggunaan kuasa komputer. Ramai sekarang telah bertukar ke skrin yang lebih canggih. Iaitu LCD Screen. Syabas, kerana anda membuat pilihan yang bijak kerana meminimumkan penggunaan kuasa. Kerana penggunaan Monitor CRT akan menggunakan kuasa melebili monitor LCD. LCD, singkatan bagi Liquid Crystal Display atau dalam bahasa melayunya Paparan Kristal Cecair :-D. Warna-warna yang terbentuk pada skrin adalah hasil daripada kombinasi 'cecair' dalam skrin LCD anda. Maka apabila warna-warna ekstrem digunakan, maka lebih banyak tenaga yang diperlukan untuk 'mencampurkan cecair-cecair' ini. Contoh yang lebih senang adalah printer. Lebih cepat untuk mencetak dokumen hitam putih daripada dokumen berwarna. Betul?

PERGERAKAN PADA SKRIN
Pergerakan pada skrin pula berkait rapat antara dua benda iaitu, pemecut grafik (graphic accelerator/card) dan paparan anda itu sendiri. Bagi kaki-kaki games diluar sama mungkin lebih 'familiar' dengan frasa-frasa seperti 'GeForce', 'Catalyst' dan sebagainya. Ini adalah model-model grafik kad dipasaran. Apabila kita membuka animasi atau menggerakkan cursor, secara tidak langsung kita akan mengakibatkan pergerakan pada skrin komputer anda. Apabila anda menggerakkan cursor, ingat pada faktor sebelum ini iaitu warna pada skrin. Ini akan mengakibatkan perubahan warna pada skrin dan seterusnya membuatkan kad grafik anda berkerja. Begitu juga paparan anda.

Sebenarnya mungkin ada lagi faktor-faktor lain yang saya terlepas pandang. Tapi antara faktor-faktor inilah mengakibatkan saya mengaktifkan energy saving mode pada blog saya.

Energy Saving Mode pada blog akan mengakibatkan blog anda 'blank' seketika apabila tiada sebarang aktiviti dikesan pada blog anda/saya dalam masa yang ditetapkan. Tapi jangan risau kerana sebaik sahaja anda menggerakkan cursor anda ke dalam kawasan blog, maka blog kembali aktif dalam keadaan normal.Jadi ini akan mengurangkan penggunaan kuasa. Sedikit-sedikit, tetapi jika selalu digunakan akan memberi impak yang besar.

Jadi, apa pendapat anda...leave it on comment section.

Be SMART, Be EFFICIENT.

more info info logon to http://www.onlineleaf.com/


0 comment(s):

Post a Comment

Komen dan tinggalkan jejak kat sini, nnt saya singgah. :)