Nuffnang Ads

Merarik di Apesal.com

KUCING.....FAKTA MENARIK TENTANG "KUCING"....

Kucing....
Apa yang menarik tentang kucing ni...pernah jugak terfikir, macam mana lah kucing boleh hidup dengan bulu-bulu yang lebat tu....argh....manusia yang tumbuh bulu sikit pun dh cukur sana cukur sini.....

One more, macam mana boleh dapat perkataan  kucing tu? kenapa bukan 'lucing' atau 'mucing' atau 'hucing'.

kawan baik?

Masalahnya kucing ni kadang-kadang pelik. Boleh pulak posing pelik-pelik....dari comel jadi geram lak....

OK back to the point "Fakta menarik tentang makhluk berbulu - KUCING"



  1. Kucing rumah boleh tidur sehingga 14 jam sehari
  2. Kucing paling kecil didunia dijumpai di Singapura dan ia hanya seberat 4 pound bersamaan  1.814kg.
  3. Kucing mampu menghasilkan sehingga 100 bunyi vokal manakala anjing hanya mampu buat 10 sahaja.
  4. Kucing menggunakan misai mereka sebagai antena untuk mengukur sama ada lauluan itu muat atau tidak untuk dilalui. Jadi sila jangan potong atau trim misai misai kucing korang. Kesian kucing tu nanti
  5. Kebanyakkan kucing tidak memiliki bulu mata.
  6. 1 daripada 4 rumah di Amerika mempunyai kucing
  7. Sama seperti cap jari, corak di hidung kucing adalah unik dan berbeza-beza
  8. Pada 1800′s, kucing digunakan untuk menghantar surat dari rumah ke rumah. Pada 1879 di Belgium terdapat 37 ekor kucing ditugaskan untuk menghantar surat ke rumah penduduk kampung. Tapi akhirnya mereka sedar, kucing tak cukup berdisiplin untuk menjalankan tugas ini hehe
  9. Dalam seumur hidup, dianggarkan seekor kucing rumah menghabiskan masa 10,950 jam mengiaw (purring) haha
  10. Kucing mampu selamat walaupun jatuh dari ketinggian 30 kaki
  11. 25% pemilik kucing blow dry kucing mereka selepas dimandikan. Anda tergolong dalam golongan 25% ni tak?
  12. Kucing ada 32 otot di setiap telinga.
  13. Kucing akan membersihkan dirinya dengan lidah selepas berhadapan dengan sesuatu yang berbahaya atau selepas bergaduh dengan kucing lain. Ini bertujuan untuk menenangkannya dengan melakukan sesuatu yang biasa baginya.
  14. Kucing boleh melihat 6 kali lebih baik berbanding manusia di waktu malam. Ini kerana mereka mempunyai tapetum lucidum, satu lapisan extra yang bertugas untuk menyerap cahaya. (sila google untuk keterangan lajut :)
  15. Rahang kucing tidak boleh bergerak kekiri dan kekanan.
  16. Kucing mamapu untuk berlari sepantas 20 KM sejam bila ia meningkat dewasa, tapi malangnya kebanyakkan kucing sekarang ni dah terlalu malas untuk berlari :)
Sumber : cisdel.com

p/s : pembaca blog...saya ada teknik terbaru untuk menghargai blogger2 kat luar sana...dengan menulis "saya membaca tampalan ini" atau lebih ringkasnya "SMTI" boleh dikatakan anda telah meninggalkan jejak anda di blog ini...saya baru teringat ketika terbaca blog milik Mazidul Akmal Sidek. Jadi anda tidak mempuunyai masalah untuk meng'goreng' comment lagi....

0 comment(s):

Post a Comment

Komen dan tinggalkan jejak kat sini, nnt saya singgah. :)