Nuffnang Ads

Merarik di Apesal.com

Showing posts with label Technology. Show all posts
Showing posts with label Technology. Show all posts

Tips Earning dari Nuffnang... mesti baca !

Nuffnang? Nuffnang ni sebenarnya advertising program yang disediakan bagi blogger-blogger diluar sana untuk sediakan ruang untuk peniklanan tanpa perlu manage iklan itu sendiri. Senang kan?

OK... untuk mula, pastikan korang semua ada blog, lepas ada blog, masuk ke laman web nuffnang dan sign up akaun baru... masukkan details yang diperlukan...


Lepas dah siggn up, masukkan details blog. Tapi ingat isi dengan penuh hemah... Betul2, tak mau tipu2, sebab nanti susah nuffnang nak match kan iklan apa yag sesuai dengan blog korang. Kalau boleh Pool and vote tu bagi Yes la... Senang nak tau pengunjung tu macam mana...

Apabila dah letak blog, lepas tu letakkan la ads yang sesuai pada lokasi di blog korang. Tapi ingat, apabila daftar anda merupakan ahli biasa. Tapi apabila korang dah letak semua ketiga-tiga ads (banner, skyscrapper B, C) keahlian korang akan bertukar kepada glitterati. Banyak kelabihan kalau jadi ahli glitterati. PERLU INGAT, jangan letak iklan lain selain nuffnang, kalau x glitterati korang akan ditarik dan earning akan menurun. Rajin-rajinlah blog walking untuk dapat trafffic.
Secara ringkasnya ini point yang aku highlightkan :
  • Pastikan korang adalah ahli glitterati
  • Unique visit kenalah banyak. Kalau x sape jek yang datang kan?
  • Pastikan korang punya blog ada tema yang tersendiri, seperti blog aku ni Photography and Tech. Personal pun ada.... Tapi jangan la blog tu 100% personal... nnt nak iklan kan ape?
  • Iklan perlu strategik. Macam banner letak di tepi, mmg x strategik.... kena pandai olah iklan tu.
  • Slalu update survey dan blogger bio
  • Patuhi syarat2 nuffnang. PERLU INGAT, jangan letak iklan lain selain nuffnang, kalau x glitterati korang akan ditarik dan earning akan menurun.
Itu je kot... kalau ada apa2 lagi nak tambah, korang boleh comment kat bawah ni... 
Jom blogwalking.....

Revolusi facebook 2004 - 2012 (Sejarah dan imej)

Salam, jumpa lagi. Kali ni seperti yang dijanjikan, nak buat post berkaitan facebook la.... Revolusi facebook bermula ianya dilancarkan sehingga kini.. (2004- 2012). Entry kali ni malas nak tulis banyak banyak.... saya upload gambar je.... sedikit brief berkenaan facebook....


Facebook telah dibangunkan oleh sekumpulan pelajar Sains Komputer Universiti Harvard yang dianggotai oleh Mark Zuckerberg dan rakan-rakannya. Ia bertujuan untuk menghubungkan pelajar-pelajar Universiti Harvard. Seterusnya dikembangkan untuk kegunaan Universiti di sekitarnya seperti Universiti Stanford dan Ivy League....


4 Februari 2004 - Facebook dilancarkan



Ogos 2005 - thefacebook ditukat kepada facebook.com, September 2005 - pendaftaran dibuka kapada pelajar menangah atas, Oktober 2005 - pengguna boleh upload dan meletak gambar.


April 2006 - facebook versi mobile/mudah alih diperkenalkan, Ogos 2006 - facebook berkerjasana dengan microsoft dan aplikasi Notes dilancarkan, September 2006 - News feed diperkenalkan tetapi dilawan oleh pengguna atas hak privasi



May 2007 - Facebook memperkenalkan aplikasi facebook dan developer facebook, Ogos 2007 - facebook for IPhone dilancarkan, Oktober 2007 - Microsoft berkerjasana dengan facebook secara besar-besaran, November 2007 - facebook ads dilancarkan



Mac 2008 - Facebook menambahbaik sistem privasi, April 2008 - facebook chat dilancarkan, Julai 2008 - facebook connect dilancarkan



Februari 2009 - 'Like' diperkenalkan, Jun 2009 - Username facebook diperkenal, Oktober 2009 - sekali lagi privasi diubah


April 2010 - API open graph diperkenalkan, Jun 2010 - pengguna facebook mencecah 500 million, Ogos 2010 - Facebook places diperkenalkan


 2011 - Facebook timeline diperkenalkan kepada developer / beta testing




Facebook timeline 

Facebook 2004-2012 Gallery









Domain Facebook didaftar sehingga tahun 2020 !

Salam, bosan + x de keja nak buat tengah hari tadi...aku try la cari domain facebook.com kat whois. Cube try ape yang aku dpt?

whois.com domain checker

Domain facebook.com telah didaftarkan sehingga tahun 2020 atau dengan lebih tepat lagi, akan expired sehingga 30/03/2020. Biasa la, domain panas....register siap2 la. Takut orang lain ambil..

Ini sedikit maklumat berkaitan domain facebook.com
  • Mula didaftarkan pada : 29/03/1997
  • Last Update pada : 17/02/2012 <<< baru je lagi
  • Expired pada : 30/03/2020
  • Didaftarkan di : www.markmonitor.com <<< company corporate domain management
  • Didaftarkan atas nama : Domain Administrator, Facebook Inc. <<< punyalah besar company, ada domain admin lagi
  • Traffic di alexa : 2
  • Server terletak di US, maklumat pengguna facebook semua ada di US <<< hati-hati

Dah la tu ek.....kalau nak tahu lebih lanjut, whois la sendiri.... search kat google.com whois. lepas tu masukkan domain yang nak di 'whois' tu. Tapi ini hanya untuk top level domain je. Domain yang direct www.hahaha.com. Subdomain macam hahaha.blogspot.com tak bole ek..... hehehe. Ini maklumat apa itu whois?

WHOIS? What does that mean?
Everyone who registers a domain name has his personal contact information in a WHOIS database.
Our WHOIS database lets you run an IP lookup to search for the WHOIS of any domain.
The WHOIS entry in the WHOIS database normally includes the name, address, phone number, email address, and domain name expiration date of the domain owner.
That means that anyone who looks up an WHOIS entry will find the contact information of the owner. Some domain registrars offer private domain registrations, so in this case the WHOIS contact information of the registrar is shown and not the private information of the domain owner. Test our WHOIS lookup tool and see how it works.
Learn more here
More about Whois on Wikipedia 


*lepas ni ingat nak post berkaitan facebook punya perjalanan.....bermula tahun mula2 beroperasi.... 

Windows 8 Consumer Preview

Huh, dah lama tak update blog.....sibuk memanjang je ye? haha..... blogging ni ikut mode jugak sebenarnya...kalau nk update post...update je la kan?.....kalau malas....just blogwalking je....

Sebenarnya entry kali nak kongsi...mungkin yang mana IT geekz kat luar sana dah tahu kemunculan Windows 8 Consumer Preview. Tapi ramai jugak yang tak tahu. ada pulak orang cakap " aku pun still pkai Windows XP, vista ngan windows 7 pun x usik lagi". itu no comment la. mungkin sebab ade orang selesa pkai Windows XP berbanding versi perisian Sistem operasi lain.

Tapi ada pulak cakap "aku pkai Linux je.....open source". yang tu saya setuju. meh ramai2 kita gune open source. tapi bagi pengguna Windows XP, perlu diingat bahawa support yang Microsoft provide untuk Windows XP hanya tinggal 751 hari je. itu untuk siapa yang dah upgrade Service Pack 3 tu. kalau still gne SP1, mmg dh abes support dh since 2010 lagi. even Windows Vista Service Pack 1 pun dh tamat support tahun 2011 dulu.


Jadi why not kita migrate ke versi Windows yang baru, even klu masuk ke laman Microsoft, klul die detect kite pkai Windows XP, akan ada reminder yang support hanya ada lagi 751 hari je lagi...dan die akan ckp "migrate to windows 7"

Apa End of Support nih? la....punya la penat ckp pasal support td...

Quotes from Microsoft :

"An unsupported version of Windows will no longer receive software updates from Windows Update. These include security updates that can help protect your PC from harmful viruses, spyware, and other malicious software, which can steal your personal information. Windows Update also installs the latest software updates to improve the reliability of Windows—new drivers for your hardware and more."

OK, kita tinggalkan pasal support tu....sekarang ni the latest version of WIndows based operating system is Windows 8 Consumer Preview, dulunya dikenali sebagai Beta testing...

Pergerakannya macam ni,
Sekarang kite berada di fasa yang kedua....
Apa yang menarik tentang Windows 8 ni? Untuk pengetahuan, saya senaraikan disini fakta menarik dan kelebihan Windows 8 :
  1. Windows 8 adalah sistem penoperasian berasakan Hiberfile technology. Apa itu hiberfile? Hiberfile adalah file yang di'create' oleh windows apabila komputer di'tidurkan' seketika (Hibernate). Kalau kite resume dari hibernate mmg laju kalau startup. Jadi Windows menggunakan inovasi ini untuk versi windows terbarunya. Hiberfile. X perlu startup semula. Just baca hiberfile dan.......tadaaa.....dah boleh pakai.....
  2. Windows 8 100% menyokong peranti skrin sentuh, atau touch screen. Jika dilihat, tiada lagi start menu yang comel kat sebelah kiri tu...ia digantikan dengan Start Menu Metro Based. Dah tak ada Retro.....
  3. Internet Explorer 10 lebih laju
  4. Metro Apps yang menarik dan sesuatu yang baru untuk dicuba
  5. Lock/Welcome Skrin yang boleh customize picture
Tiada lagi Retro Start Menu

Start Menu bertemakan metro dan 100% touch screen support

Metro Apps (Music)

Jadi Bagaimana? Tinggalkan komen di bawah....

Timbang 'BERAT' blog/website anda..


Agak pelik post kali ni. 'Timbang' blog? pernah dengar berkenaan timbang blog ni?

OK....menimbang blog sebenarnya bukanlah menimbang atau mengukur berat blog anda secara fizikal, tetapi menimbang berat atau beban blog/website secara maya atau virtual. berat blog anda dipengaruhi oleh beberapa aspek, seperti kecekapan pelayan (server) tempat anda host blog anda seperti blogspot, wordpres etc. Buat masa ni pelayan (server) free blog hosting tidak mengalami apa-apa masalah. Tetapi ada faktor lain yang mempengaruhi kecekapan blog anda. Seperti widget-widget yang dipasang... Anda bolehlah timbang blog anda di sini.


Jika Blog anda mempunyai beban memebihi 100kb, blog anda ditafsirkan sebagai 'berat'. Oleh itu bolehlah consider untuk remove sikit widget/plug-in.

Tools lain yang boleh digunakan untuk analyzed blog anda:
Next entry mungkin : Tips membuka kedai online/atas talian/maya (mungkin boleh click bila dh ada entry)

ENERGY SAVING BLOG....SEJAUH MANA KEFAHAMAN DAN PENGETAHUAN ANDA?

Salam sejahtera dan salam 1 Malaysia kepada semua pembaca,

Jika anda perasan blog saya telah saya upgrade dengan annotation iaitu "Energy Saving Mode". "Energy Saving Mode" plug-in ini adalah daripada website online leaf.

Kenapa saya letak plug-in "Energy Saving Mode" ini?
OK basically, computer-computer sekarang dah dilengkapkan dengan energy efficiency level yang dilabelkan dari gred I hingga V. Jadi kalau nak check whether computer you guys efficiency level berapa boleh checkout this logo.


Untuk efficiency level boleh check kat power adapter bagi notebook. Levelnya ditulis dalam Bulatan.

OK, berbalik kepada topic tadi, kenapa blog juga dilengkapi dengan energy saving mode.
OK, jumlah power consumption untuk sesebuah komputer adalah berbeza mengikut spesifikasi tetapan sesuatu komputer. Sebagai contoh, jika komputer itu menggunakan Memory (RAM) 4Gb, maka penggunaan kuasanya adalah lebih daripada pengguna komputer yang menggunakan Memory (RAM) 3,2,1Gb. Bukan itu sahaja, Jumlah penggunaan kuasa komputer juga dipengaruhi dengan keadaan sesuatu komputer. Seperti, kecerahan paparan (monitor), Penggunaan processor, Hard Disk Drive, dan juga peranti-peranti yang lain.


Misalnya, sesuatu server akan menggunakan jumlah kuasa yang sangat banyak apabila berada dalam keadaan waktu puncak. Kerana semua client (pengguna) akan mengambil data atau sumber dari satu sumber yang sama. Sebab itu, Server sekarang dilengkapi dengan RAID controller @ RAID card. Untuk RAID ini saya akan buat pada next post. Jumlah kuasa penggunaan kuasa juga akan bertambah apabila unit pemprosesan (Processor) pada peratusan yang tinggi. Ini disebabkan anda menggunakan lebih dari satu aplikasi pada suatu masa (multitasking). Apabila anda membuka aplikasi, ini akan membebankan processor anda dan akan menjadikan processor panas. Maka kipas akan di programkan untuk berputar pada kelajuan yang lebih laju atau tidak mustahil pada kelajuan maksimum!.

OK, paparan komputer juga memainkan peranan dalam penggunaan kuasa sesuatu komputer. Penggunaan kuasa pada paparan komputer adalah dipengaruhi oleh kecerahan skrin (brighness), warna pada skrin, dan pergerakan pada skrin.

OK, kita pergi satu persatu.

KECERAHAN SKRIN
Mengapa kecarahan skrin komputer memainkan peranan dalam penggunaan kuasa sesuatu komputer. Ini kerana jika paparan komputer di tetapkan pada kecerahan maksimum maka lebih tenaga yang diperlukan untuk mencerahkan LCD anda, maka secara tidak langsung penggunaan kuasa juga meningkat.

WARNA PADA SKRIN
Warna pada skrin? Tak kan tu pun boleh effect penggunaan kuasa komputer aku! Tipulah.....
OK, pause it right that....tak kan? tipulah?....
Sebenarnya, ramai yang tak perasan bahawa penggunaan warna pada sesuatu paparan juga memberi impak kepada penggunaan kuasa komputer. Ramai sekarang telah bertukar ke skrin yang lebih canggih. Iaitu LCD Screen. Syabas, kerana anda membuat pilihan yang bijak kerana meminimumkan penggunaan kuasa. Kerana penggunaan Monitor CRT akan menggunakan kuasa melebili monitor LCD. LCD, singkatan bagi Liquid Crystal Display atau dalam bahasa melayunya Paparan Kristal Cecair :-D. Warna-warna yang terbentuk pada skrin adalah hasil daripada kombinasi 'cecair' dalam skrin LCD anda. Maka apabila warna-warna ekstrem digunakan, maka lebih banyak tenaga yang diperlukan untuk 'mencampurkan cecair-cecair' ini. Contoh yang lebih senang adalah printer. Lebih cepat untuk mencetak dokumen hitam putih daripada dokumen berwarna. Betul?

PERGERAKAN PADA SKRIN
Pergerakan pada skrin pula berkait rapat antara dua benda iaitu, pemecut grafik (graphic accelerator/card) dan paparan anda itu sendiri. Bagi kaki-kaki games diluar sama mungkin lebih 'familiar' dengan frasa-frasa seperti 'GeForce', 'Catalyst' dan sebagainya. Ini adalah model-model grafik kad dipasaran. Apabila kita membuka animasi atau menggerakkan cursor, secara tidak langsung kita akan mengakibatkan pergerakan pada skrin komputer anda. Apabila anda menggerakkan cursor, ingat pada faktor sebelum ini iaitu warna pada skrin. Ini akan mengakibatkan perubahan warna pada skrin dan seterusnya membuatkan kad grafik anda berkerja. Begitu juga paparan anda.

Sebenarnya mungkin ada lagi faktor-faktor lain yang saya terlepas pandang. Tapi antara faktor-faktor inilah mengakibatkan saya mengaktifkan energy saving mode pada blog saya.

Energy Saving Mode pada blog akan mengakibatkan blog anda 'blank' seketika apabila tiada sebarang aktiviti dikesan pada blog anda/saya dalam masa yang ditetapkan. Tapi jangan risau kerana sebaik sahaja anda menggerakkan cursor anda ke dalam kawasan blog, maka blog kembali aktif dalam keadaan normal.Jadi ini akan mengurangkan penggunaan kuasa. Sedikit-sedikit, tetapi jika selalu digunakan akan memberi impak yang besar.

Jadi, apa pendapat anda...leave it on comment section.

Be SMART, Be EFFICIENT.

more info info logon to http://www.onlineleaf.com/