Nuffnang Ads

Merarik di Apesal.com

Showing posts with label Tutorial/Info Fotografi. Show all posts
Showing posts with label Tutorial/Info Fotografi. Show all posts

Gambar Penghilang Stress

Assalamualaikum….. Salam Sejahtera….

Selalunya kalau nak post entry, aku suka post malam @ pagi2 after subuh…. best online time tu….trafik x banyak…..dh la sakit hati dengan P1 WiMAX ni… line x stable la lately…. asyik DNS failed je….. Steaming mad hehehe.

Dah lama nak cari gambar yang macam ni tapi tak jumpa… Sbb waktu Diploma dulu, housemate rumah sewa, ada simpan gambar ni dalam desktop die… tapi tah kemana tah… try cari balik… tapi x jumpa… try query kat pakcik google pun x jumpa…. mungkin org tak publish kot hasil kerja editing diorang…. tapi just jumpa 2 gambar je… tengok la…..

252773_223056487706296_172451446100134_912536_4365150_n

430365_359606424068109_224682377560515_1367407_2036997606_n

Dapat Perasan x ape yang pelik dalam gambar ni ? Nerd smile

Ya, muka semua sama… cloning ni mmg agak susah nak buat… tapi hasilnya.. mmg lawak sangat….lagi2 2nd picture tu… tak bole tgk langsung… kalau tengok rase nk gelak… even dh banyak kali tengok… adoi…muka jantan.. tapi pkai tudung…hahaha Open-mouthed smile

Ada sape2 jumpa gambar yang macam ni lagi x? kalau ada bagi link kat comment form.

Disclaimer / Penafian : Gambar – gambar ni bukan artwork Hafiz, just cedok dari facebook dan google. Hafiz just share.. segala hakcipta dan pemilikan adalah milik pemilik asal gambar.

Bila lensa diserang fungus dan habuk....

Assalamualaikum,

Seperti yang saya janjikan, nak tulis post berkenaan fotografi, OK here it comes........

Fungus atau kulat adalah perkara yang sinonim dengan pengguna DSLR/SLR. Fungus ini adalah  kulat yang membiak didalam lensa.... Fungus ini, sepertimana yang kita ketahui, menyukai tempat-tempat yang gelap dan lembap. Disebabkan dalam lensa adalah gelap dan agak lembap, ini menjadikan lensa adalah tempat yang ideal untuk fungus membiak, tak kiralah lensa DSLR/SLR ke, lensa kamera kompak/point and shoot ke, lensa video camera ke... even lomo camera pun sama.... tinggal lensa-lensa selain DSLR/SLR ni tak berisiko tinggi kerana lensanya tiada pengaliran udara secara terus kerana zoom-in dan out tidak dilakukan secara terus pada lensa.....

Dibawah ini adalah contoh-contoh lensa yang dijangkiti dengan fungus.
sumber gambar : google image


boleh nampak x fungus yang macam akar tu?


boleh nampak x fungus yang macam akar tu? yang ni lagi teruk


yang ni fungus dia yang bertompok-tompok tu.....

 

yang ni fungus dia mcm akar tapi start kat tengah...

MACAM MANA NAK ELAKKAN?

OK. Memandangkan kos untuk mencuci lensa ni agak tinggi, arounnd RM 150-300. Jadi eloklah kita elakkan dari berlaku. Beli lensa mahal-mahal 3-4 ribu tapi tak jaga tak guna juga kan? OK ini adalah langkah2 elakkan dari lensa dijangkiti fungus.
  • Simpan semua peralatan fotografi termasuklah lensa dan 'body' kamera dalam drybox. Contoh drybox adalah seperti ni.

  • Memandangkan drybox ni mahal.... paling murah boleh dapat kat shashinki pun around RM300 keatas, jadi ada alternatif lain ialah, simpan bersama silika gel. Tahu x silika gel? Ala, kalau korang beli kasut, ada paket kecik dia tulis 'Silica Gel, Do not eat'. Itu adalah silica gel. Tapi kecik... Dari tak ada, baik korang letak aje.... Aku guna drybox, tapi dalam beg DSLR aku stand-by Silica Gel, banyak jugak la, n berat sikit.... pkai apa lg 1 tu, 'badak dahaga' thirsty hippo pun bole... tapi aku x galakkan sebab dia x tahan lama n akan bertakung air (BAHAYA pada kamera) pastu x bole nk recharge balik. Pkai buang.


silica gel ni untuk server rack sebenarnya.....

  • Bila lens korang ada habuk, jangan main hembus pkai mulut je, sebab dalam nafas kita ada wap air ( H2O ), dan menyebabkan lensa korang lembap dan menggalakkan pertumbuhan/pembiakan fungus. Gunakan Blower.
  • Kalau kamera atau lensa korang terkena air, *aku pernah kena, waktu shoot gambar kat tasik Universiti Teknologi Petronas (UTP), dengan pantasnya, korang lap dengan kain yang bersih dan KERING... lagi sekali KERING. Gunakan kain Micro Fibre (kain yang dapat waktu beli cermin mata). Jangan main lap pkai kain baju je.... kalau lap pkai kain baju pada bahagian depan lensa, ini akan merosakkan 'coating' lensa.
  • Kalau korang keluar dari tempat sejuk ke tempat yang bersuhu lebih tinggi, macam keluar dari bilik berhawa dingin, JANGAN keluarkan kamera/lensa korang terus dari beg. Biarkan dalam 5 minit supaya kamera boleh adapt suhu persekitaran. Kalau x, biasa tengok gelas letak ais x? lensa korang akan jadi macam tu.... akan terkondensasi dan membentuk lapisan wap air pada bahagian dalam lensa....

Kalau prevention untuk habuk pulak tak banyak :

  • Simpan dalam drybox atau tempat yang bertutup.
  • Waktu snap gambar, elakkan memusingkan lensa secara agresif, takut habuk tersedut masuk kedalam lensa waktu kita pusingkan lensa tu.
  • Tukar lensa dengan tips ni, 'make it quick as possible' , tukar lensa dengan cepat dan dalam keadaan yang bebas habuk.
OK, tu je kot. Kalau ada aku tambah la....

Rujukan Utama Fotografi : tarmizishukri.com

Miniature Faking/Tilt Shift Photography Tutorial

Assalamualaikum dan salam sejahtera....lama x blogging, tulis entry and blogwalking.... saje nak tunjuk protes kat nuffnang.....berapa lama dh register...tapi x pernah dapat buffered earning..... sakit hati plak tengok akaun nuffnang aku....traffic ok je.... saje aku turunkan traffic n nnt nampak mcm bombastik, traffic naik..... hehehe.....

Ok la kali ni nak post sesuatu yang menarik... miniature faking photography... tak nak lah marah2 mcm dalam last post tu.... wat pening je.... (tapi baru lepas hangin bile tengok facebook tadi)...... 

Post kali ni nak tunjuk @ tutorial untuk edit gambar guna photoshop untuk menjadikan gambar yang realistik kepada model.... Sebenarnya aku mula-mula tak tau... tapi timbul minat lepas aku kumpul diecast/miniature aircraft model.... nanti aku kongsi la collection aku on the next post....

Miniature faking/Tilt Shift Photography Tutorial

Step 1: Pemilihan Gambar
Pemilihan gambar adalah penting untuk proses editing kepada miniature faking. Pilih gambar yang diambil dari atas (top view/elevated viewpoint) dan mempunyai sudut pandangan yang luas (wide angle view). Pemilihan gambar seperti bangunan/keretapi/trafik adalah OK tetapi pastikan ada sudut pandangan yang luas (wide angle view). Serta pertimbangkan gambar yang mempunyai objek yang kecil.... macam miniature model.... ini ada contohnya... boleh la save n try ikut step bawah ni.....

KLIA Ekspress ERL

KLIA Satellite Terminal (SAT)

Step 2: Buka Gambar dan Masuk kedalan Mod 'Quick Mask'
Buka gambar yang hendak digunakan menggunakan Adobe Photoshop (Saya guna CS5), dan seterusnya masuk kepada mod 'Quick mask' dengan menekan kekunci 'Q' pada keyboard atau dengan click pada icon 'Quick Mask'.



Step 3: Pilih 'Gradient Tool"
Selepas gambar dibuka dan masuk kedalam mod 'Quick Mask', seterusnya pilih/Click pada 'Gradient Tool' dengan click pada icon 'Gradient Tool' dan seterusnya pilih 'Reflected Gradient'




Step 4: Lukiskan 1 garisan panjang kebawah
Seterusnya, lukiskan garisan panjang kebawah. Bermula dari tempat yang hendak di fokus, kepada tempat yang akan out of focus.... Kalau tengok betuk2, aku ada lukis garisan dalam gambar bawah ni....




Dan seterusnya akan menghasilkan gradient yang berwarna merah pada gambar tu....



Step 5: Kembali kepada 'Standard View'
Seterusnya, selepas berpuas hati dengan kedudukan gradient, kembali kepada 'Standard View' dengan menekan kekunci 'Q' atau click pada icon 'Quick View' untuk mematikan 'Quick View' dan kembali kepada 'Standard View'.


Step 6: Click Pada Filter>Blur>Lens Blur (Buka antaramuka Lens Blur)
Seterusnya, click pada Filter>Blur>Lens Blur untuk mengaburkan imej... dan antaramuka (interface) lens blur akan dibuka....




Adjust sedikit radius, rotation dan sebagainya sehingga anda berpuas hati dan nampak macam miniature model.... 




Setelah berpuas hati, click OK. Tekan CTRL+D untuk hilangkan 'marching ants'/semut yang berkawad kat sekeliling tu.....



Step 7: Click Pada Image>Adjustment>Hue/Saturation (Buka antaramuka Hue/Saturation)
Seterusnya, click pada Image>Adjustment>Hue/Saturation untuk edit kadar warna dan colour tempreture/kemerahan... dan antaramuka (interface) Hue/Saturation akan dibuka.... Kemudian adjustkan kadar warna dan colour tempreture/kemerahan gambar supaya nampak kemerahan dan terang...perlu diingat, miniature model selalunya dicat dengan warna terang, jadi kita akan trick-kan mata supaya nampak seperti dalam crystal display box (beserta dengan mini spot light)....




Jika sudah puas hati, click OK.



Step 8: Click Pada Image>Adjustment>Curves (Buka antaramuka Curves)
Seterusnya, click pada Image>Adjustment>Curves untuk membuka antaramuka Curves. Curves digunakan untuk adjust Contrast pada gambar, tetapi diingatkan supaya tidat over-do dan kadang kala tidak diperlukan....




Jika sudah puas hati, click OK.
Dan dah siap... boleh la Save As.....
Hasilnya





*kalau nak cari gambar lain dalam internet, pastikan tak copyright dan di keluarkan di bawah 'creative common licence' sebab fotografi ni sensitif sikit.....
*segala lambang dan trademark Adobe adalah milik Adobe Inc.


*try la....nnt upload.....wat 1 entry kat blog dan post link kat comment bawah.....


Tutorial Penggunaan Mode Control Dial DSLR... Auto/P/A/S/M

Salam, bertemu kembali.....baru nak update balik pasal fotografi... kalau x.... asyik berkenaan komputer dan blogger..... Macam mana dengan 3 perkara asas fotografi ? dah master ke blum? x pe pelan2 kayuh.... hahaha.... tapi kalau boleh fahamkan dulu lah ek... sebab kalau x faham mmg susah nak faham entry ni.... entry ni akan banyak bermain dengan phrase-phrase dalam post tu.... macam aperture, shutter speed, exposure dan sebagainyewwww..... tapi entry kali ni lebih kepada model sony alpha la...sebab aku pakai DSLR sony alpha.... jadi kalau model lain still sama... tapi keyword yang digunakan sedikit berbeza....
OK, lets start it.....

First of all, apa itu mode control dial? mode control dial ni adalah suis atau dial untuk menentukan mode pengambilan gambar... macam sunset and so on... tapi aku x nak tekan kan yang tu semua... aku nak tekankan yang AUTO dan manual/semi manual.... secara amnya terdapat 5 mode yang biasa digunakan oleh jurugambar dan mode ini adalah mode yang mudah diolah.... Mode itu ialah :
  • AUTO
  • P (Programmable Auto)
  • A (Aperture Priority)
  • S (Shutter Speed Priority)
  • M (Manual/Full Manual)

AUTO ( Fully Automatic)
Mode ini jarang digunakan bagi jurugambar pro... sebab mode ini akan adjustkan nilai 3 asas/komposisi fotografi secara automatik.... bermakna, kalau nak buat effect.... mode ini mmg tak sesuai... tapi ada masanya mode AUTO ini sesuai digunakan... nantikan post seterusnya.... hehehe...



P (Programmable Auto)
Programmable Auto (P) ini lebih kurang sama dengan AUTO... tetapi pengguna dibenarkan mengubah nilai ISO (sensitiviti) mengikut kesesuaian keadaan.


A (Aperture Priority)
Aperture Priority (A) adalah mode dimana pengguna dibenarkan mengubah nilai f number (aperture). Jika anda menggunakan Auto Focus (AF) nilai f number ini perlu diolah untuk mendapatkan effect yang manarik seperti focus object dan blurkan background.

S ( Shutter Speed Priority)

Shutter Speed priority (S) adalah mode yang selalu digunakan untuk menangkap gambar bagi effect pergerakan... dengan mode ini, pengguna boleh mengubah nilai Shutter speed (berapa lama bidai/curtain dibuka) secara manual. semakin lama bidai dibuka, semakin banyak cahaya yang masuk..... kalau nak effect seketul2.... gunakan shutter speed yang kecil... tapi jangan terlampau kecil... nanti gambar gelap/hitam terus. digalakkan guna tripod kalau tangan tak stabil @ parkinson...hehehe...

 Nilai Shutter Speed kecil

Nilai Shutter Speed besar




M ( Manual/Full Manual )
Manual/Full Manual (M) mode ini selalu digunakan oleh jurugambar professional... diorang suka olah nilai 3 benda asas ni secara manual... ikut suka hati dan kesesuaian... Manual mambolehkan kita mengubah ketiga-tiga nilai komposisi secara manual = Aperture, Shutter speed dan ISO....

Jadi...pilihlah mode mana yang anda suka....

Ingat tagline ni
"Gambar yang cantik terhasil bukan dari kamera tetapi orang di belakang kamera itu sendiri"

Jom blogwalking.....

Ragu2 @ nak tambah @ nak betulkan? Commentlah kat bawah.....

3 Perkara/Elemen asas Fotografi

Assalamualaikum dan salam sejahtera....

Selamat Tahun Baru 2012 !....Sempena tahun 2012 ni saya ade buat sedikit pembaharuan pada blog ni. Sedikit 'rebranding' untuk memberi sedikit kelainan dan menambah informasi kepada blog ni....bukan sekadar blog berkongsi informasi menarik, tips dan tricks, tetapi info tambahan berkenaan bidang fotografi dan sebagai 'Travelog'.


Untuk entry pertama edisi 2012 ini, saya nak mengetengahkan 3 Perkara/Elemen asas Fotografi. Perkara penting yang perlu dititikberatkan apabila mengambil gambar adalah 'Exposure'. Apa itu exposure? Exposure atau exposure value (EV) adalah nilai dedahan cahaya pada sensor bagi pengguna Kamera DSLR (Digital Single Lens Reflex) atau nilai dedahan cahaya pada filem bagi pengguna Kamera SLR (Single Lens Reflex). Nilai dedahan atau lebih selesa disebut exposure ini adalah kombinasi antara 3 perkara.

EXPOSURE = SHUTTER SPEED + APERTURE + ISO

3 Perkara/elemen asas fotografi adalah Shutter Speed, Aperture dan ISO.

SHUTTER SPEED
 
Shutter Speed adalah jangka masa shutter terbuka dan mendedahkan sensor atau filem kepada cahaya. Shutter speed dikira dalam unit saat bermula dari 1/8000 hingga BULB. BULB - shutter akan sentiasa terbuka selagi shutter button ditekan/tidak dilepaskan (selalunya digunakan untuk penggambaran light graffity). Shutter speed yang ideal untuk pengambaran normal adalah dalam lingkungan 1/60 dan kebawah. Jika menggunakan shutter speed yang tinggi, pastikan tangan anda betul-betul stabil atau gunakan tripod. Untuk pengetahuan, kamera DSLR sekarang dilengkapi dengan fungsi anti gegar (anti Shake/Image Stabilization), nama yang digunakan bagi fungsi anti gegar ini berlainan bagi setiap pengeluar kamera.

Nikon : Vibration Reduction
Sony : Steady Shot
Canon : Image Stabilization
Tamron : Vibration Compensation


Semakin lama shutter dibuka, semakin banyak cahaya yang masuk dan kalau gegaran berlaku akan mengakibatkan image blur. Lainlah kalau nak buat effect light streaks.

APERTURE (pronounce as APER CER)


Aperture atau lebih dikenali sebagai f-number adalah nilai bukaan iris pada bahagian dalam badan kamera yang akan meng'expose'kan sensor pada cahaya. Ianya dikira dalam unit F dan berdasarkan diameter bukaan iris. Nilai aperture bergantung kepada jenis lensa yang digunakan. Ada yang bermula dengan F1.4 dan ada yang bermula dengan F3.5. Bagi lensa standard 18mm - 55 mm, nilai aperturenya adalah bermula dari F3.5. Semakin besar nilai aperture, semakin kecil bukaan iris pada kamera, dan semakin sedikit cahaya masuk.


ISO

ISO atau kesensitifan sensor atau filem terhadap cahaya. Bagi pengguna DSLR, nilai ISO boleh dilaras pada badan kamera, tetapi bagi pengguna SLR, yang menggunakan filem, nilai ISO adalah fix pada jenis filem yang dugunakan. Sebagai contoh, zaman dulu, ingat tak waktu kita guna kamera, tak kiralah kamera kompak/'point and shoot' atau SLR, kalau nak tangkap ambil gambar memerlukan gulungan filem. Pada gulungan filem tu ade tercetak nilai ISO, 100, 200 dan sebagainya. Tetapi sekarang, zaman dah berubah. Filem telah digantikan dengan sensor peka cahaya, jadi nilai ISO tu dah tak fix. Boleh diubah mengikut keadaan sekitar kerana kesensitifan sensor itu diubah secara terus.
Untuk pengetahuan, ISO akan menghasilkan jumlah bintik (grain) berdasarkan nilainya.... Semakin besar nilai ISO itu, semakin banyak nilai grain yang dihasilkan. Grain ini dipanggil 'noise' dalam bidang pengimejan dan editing. ISO 100 dianggap sebagai nilai ISO yang standard. Nilai ISO yang terdapat sekarang adalah dari 'range' ISO 100 - ISO 12800.

Banyak lagi perkara pentin dalam bidang fotografi ni. Selepas ini mungking saya akan post berkenaan mode penggambaran/control dial pada kamera atau mungkin teknik mengambil gambar miniature-faking.

Sumber : tarmizishukri.com